Better off.

So I just finished writing about my reflection pasal current timeline issues pasal pakcik mencadangkan jangan balik raya save duit , issue lelaki curang dan jugak termasuk issue harga barang serta polemik politik hambikkk kau polemik aku bagi haha 

tapi lama lama tulis aku rasa macam takde joy in condemning upon those issues. Sebab aku rasa lebih ramai mampu menulis include fakta berjela which kalau aku ada pun aku tak boleh nak guna pakai sebab aku ni dikira macam tahap orang ketiga , orang yang takde kaitan secara direct dan hanya melihat fakta omongan media social which aku takleh nak verify pun ketelusan fakta hahhh cenggitu sampai tahap dia. Dan kadang aku fikir gak contoh kalaulah aku maki maki pakcik yang bagi cadangan tak balik raya tu , in one sense he might be someone's father and kalaulah aku anak pakcik tu baca komen negetip pasal bapak dia ( even kalau dia tak setuju dengan bapak dia sekalipun ) its his/her father kot , so ibarat cubitlah peha sesiapa , terasalah peha yang lagi satu hahh cenggitu. 

sebab boleh jadi bila aku pakai fakta yang media social pakai , sekadar pandangan orang , aku boleh trigger fitnah , and bila mana orang membaca penulisan kita , nak tak nak they will create bias and macam " hahhhh macam meyakinkan je fakta theanisnajwa ni meh kita percaya dia secara berjemaah ", tadaaaa I just create rantaian dosa which lagi seram dari mesej berantai ( hahaha rindu pula issue mesej berantai kah kah sekarang orang text pakai message traditional pun jarang dah , whatssap jelah hah ) 

Jadi aku decide untuk berhenti menulis issue issue polemik timeline. Biarlah. Duduk je dediam dalam draft biar untuk aku baca balik nanti. 

Saat yang aku rasa aku perlu berkata sesuatu pasal issue ni , memandangkan aku merasakan yang aku lebih banyak menjadi golongan minoriti yang melihat sisi lain ( seperti tidak menyokong tindakan hakak yang melempar pinggan semasa pasangan issue curang tu makan ) , Allah hari ni bagi mata ni tertancap dekat satu ayat dalam Juzu' 26 ( #GEEFRamadhan goals ) , Al- Hujurat 10 - 11 , secara tidak langsung aku merasakan lebih baik berkata kata melalui sokongan kata kata Allah , which terang nyata depan mata ,

I shared it on my social medias ( instagram ) and ( facebook ) , twitter gak kot. 

Suits the current timeline issue ; politics to lelaki curang kahwin tah berapa bulan. 

Perlu ingat yang kita yang membaca dan mengikuti perkembangan melalui media sosial ini cuma pihak ketiga. Bila nama dia pihak ketiga , there's always room for doubting the truth. Tak boleh nak ambik bulat bulat then mencaci maki orang yang curang / orang yang dalam issue tu. Kau tengok orang ni kena lempar dengan pinggan time makan ( dan kau yang tengok video tu pun pun sesama kata " hahhh padan muka curang lagi " ). Weh bila fikir balik en , kalaulah pinggan tu pecah ke apa , yang rugi yang melempar tu and for god sake kenapa kau melibatkan makanan ( rezeki tu weh ). Aku tak support orang curang tapi for me this is not the right way to deal with that issue. Apatah lagi kau yang menjadi pihak ketiga ni, cukuplah dari menambah dosa diri sendiri mengeji orang. Jangan bila kau tak suka seseorang ni, baru tengok video orang tolong sarungkan kasut , kau mengilai mencaci orang tu. Ini bukan issue " Hahh support gomen le tuuu " bukan ! . Be sensible , draw the line between hating and being sensible. Kau perlu sedar yang bila kau yang syok mencaci orang ni , konon macam nak gather retweets and supports , kau kena tahu lebih banyak flow dosa masuk tertulis dalam buku, padahal orang yang kau keji tu free free dapat in flow pahala dan tanpa kau tahu dia tu mungkin jauh lebih mulia di sisi Tuhanmu. Tidakkah itu merugikan?

Tak tahulah sampai tak message tu tapi tengok ni, beratus tahun dulu Allah dah sebut dah bagaimana sepatutnya akhlak manusia dengan manusia ni. Nak kata seru berbaik antara manusia tu tak sampai lagi, hmm ni apa awak?

aku tak tegur tapi Allah yang tegur ( peace two fingers pose ) 

I guess I am better off writing about  life reflection and benda melibatkan fitrah instead of taking the risk talking about someone's life and membuat fitnah. 

Comments