Old , gold , fold

Hari ni tidak seperti hari hari lain , hari ni iftar dekat luar , dekat rumah kawan ayah , satu geng , rupanya ayah juga seperti aku atau aku seperti ayah kerana mempunyai geng leuls sangat.

Sejak kecik kot aku rasa aku selalu je hidup revolved around kawan ayah - anak kawan ayah , tapi this time around geng ayah semua yang 30's to 40's , cikgu cikgu sekolah jugak. And because diaorang 30's and 40's anak anak semua usia from baby to darjah enam macam tu dan memandangkan aku sorang yang 20'an since abang aimi and nadzmi memasing dekat uni masing masing - aku basically dah taraf maks maks wakakaka .

can't help tapi masa duduk tadi sambil main goyang kaki mata melilau , duduk dekat satu pondok ni , tengok ayah dengan kawan kawan bercerita before buka. and aku secretly nangis ( macam acah menguap masuk habuk )



sebab aku nampak

yang ayah dah tua.

( lagi lagi duduk dalam circle tu )

And I never realize that. Aku selama ni nampak ayah macam aku nampak ayah setahun dua tahun yang dulu. Gigi belah atas ayah banyak dah takde , kenapa aku boleh tak perasan. Mungkin sebab ayah jarang senyum nampak gigi dalam gambar. Jarang senyum pun ada . Minggu lepas , ayah demam , demam sampai tak sekolah padahal jarang sangat ayah demam. Dan dari selalu berimamkan ayah masa maghrib , masa ayah demam , ayah assign adik form 2 aku jadi imam.

Hati anak mana yang tak risau. Kadang syukur sangat sebab Allah bagi lagi perasaan risau tu sebab to keep myself alert yang family punya portion dalam ruang hati besar kalahkan semua individu lain dalam kehidupan. And to always keep the family in the utmost priority list in doa.

Ayah , kakak nak ayah selalu sihat. Dan selalu sihat , akak nak bawak ayah jalan pusing Europe , akak jugak nak bawak ayah dapat jelajah syurga nanti. Bagi kesempatan untuk akak give something gold in your old days , and then let it fold neatly in your memories :'(

Comments