Sentimental values.

                  Duduk rumah ni aku dah pernah vow dengan diri sendiri sebelum balik malaysia yang balik aku ni , untuk serve the family in many sense dari mengemas ke memasak , meskipun ada banyak masa aku mengelat . So tadi sebabkan esok almari buku baru nak masuk rumah , aku kena transfer berjota buku ke tempat baru . Buku sedari aku darjah 2 , buku kafa - tauhid - jawi - pendek cerita semua buku. Buku aku tak banyak , mungkin dah spring clean masa nak pindah masuk rumah ni dulu. Mungkin. Plus my dad sangat tak suka buang buku , so that explains why semua artifacts ni masih ada kukuh dalam almari. Kalau takde almari baru , mungkin insyaAllah aku dah anak empat ( wuuuu sikit sekeh bahu kang ) mungkin buku buku itu masih disitu.. 

               Aku pun apa , dalam tangan tu sibuk nak membuang segala benda sebab rasa macam ya Allah semaknya kenapa ada lagi kertas aktiviti bola baling tahun 2004 ni ( my dad is a coach for bola baling and pengadil yada yada ) , and I can't help to go through every books. Suka sangat tengok diri yang sangat rajin dulu , semua gambar nak warna siap shade shade grading colour kemain. Aku suka tengok benda benda yang mungkin dah luar capaian ingatan kepala. Sebab kau boleh indirectly kenal kau tu macam mana sebenarnya dulu and kadang dia trigger perasaan untuk " kena jadi balik macam ni " - kau pernah rajin sedari tahun 2001 hingga 2006 except for certain subjects wahahah. 

              Sangat senang nak kenal buku-buku aku sebab biasanya buku aku lebih penuh dari adik beradik lain. Ini fakta. Dan aku teringat zaman zaman aku noob pergi siapkan kerja sekolah orang lain , kadang tu menonong je orang bagi buku " Anis , buatkan " ( rindu masyarakat panggil Anis ) ( sebab family masih panggil Anis , Najwa janggal di rumah ) ( panggil saya Anis please )



            Lepastu tadi jumpa satu ni , folio keluarga aku tulis masa 2007. Dah banyak kesan koyak sebab adik adik aku banyak cycle gambar folio tu untuk folio keluarga diaorang tahun berikutnya ngeh. Dua ribu tujuh sangat weh level editing dengan font konon berangkai cantiklah tu , saiz font pun mungkin 14 ke 16 aku taktahu , tapi jelas yang torbiyah microsoft word tu tak sampai lagi dekat aku. Fun fact , aku rupanya nak jadi peguam sedari form 1 ! and UIA tu university idaman sejak form 1 , aku rasa masa tu aku baru lepas khatam Malaysian Book of Record , ada satu tu sebut pasal Ahmad Ibrahim , seorang peguam , yang handle case Natrah ( google aaa menarik ) , the law school in UIAM was named after his name ! Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law ( AIKOL ) . aku taktahu kenapalah boleh menerawang nak jadi pharmacist in the middle of high school , I must have solid reason kenapa peguam at the very first place ( even betullah sekarang tengah buat law ) ( alhamdulillah ) ( two years of law school lagi nak tempuh ) ( nangis jap ) , sebab umur 13 tahun tu umur yang kau masih jujur dengan diri sendiri , tak berapa complicated dengan kehendak diri sendiri , voila kemain kan kau. 

              Habis gelak baca folio sendiri. Siap tu tulis hobi adik ialah tidur which that was true tooooooo till now hahahaha. Habis kemas buku semua , aku berjaya kosongkan satu almari sebab aku dah lama nak satu almari untuk letak novel novel aku , selalu orang datang rumah nampak banyak novel atas almari dah baca pinjam tak pulang pulang ( aku ye frust weh ) ( biasa orang akan datang pinjam novel best ) ( novel best yang banyak hilang aih ) ( nangis tersedu ) . Takpelah , susun apa yang ada dulu. Balik cuti ni , aku juga pernah berkata kata dengan diri sendiri untuk membaca novel yang terpaksa ku tinggalkan di Malaysia , dia takleh lawan pentingnya kuah asam pedas segera untuk dibawa balik ke UK ( motif sangat ) , so balik ni je aku dah beli 3 novel baru. Ye 3 , dalam tempoh 11 hari di rumah , aku dah berjaya habiskan 1 , adalah tu frust bila mula baca sebab aku memberontak dengan penulis kenapa bagi such bad character to a person , tapi sebab dah beli aku habiskan jugak.



               Berbalik pada novel novel yang aku susun tadi , the very first yang aku beli on the shelves was in 2008 masa aku pergi debate dekat UIA , masa tu aku ingat aku tulis dalam buku tu yang aku beli novel tu dekat Sogo. Ada dua tiga novel aku gigih cari yang lama lama , contoh ada satu novel tu pakai nama Anis Najwa which aku discover kewujudan dia in 2010 tapi masa tu sekolah mana nak ada internet bank segala bagai , jadi aku kinda lupa , not that later I remember in 2012 /13 macam tu aku teringat wujudnya novel tu and gigih cari , beli , baca , excited dan simpan. Ada jugak novel yang aku dapat sebab pernah bet masa awal form 5 kalau aku beat this one classmate punya markah addmath ( dia mahaguru aku cuma picisan lebih kecil dari picisan dalam addmath ni ) , dia hadiahkan aku satu novel. Oh wells semestinya aku macam takkan punya aku menang. Tapi suprisingly , aku menang , I guess I got 86 masa tu ( rasanya ) ( I went to addmath class k masa cuti form 4 sebab aku amat slow dengan addmath ) and dapatlah novel seperti yang dijanjikan. 

                 Buku buku ni semua aku balut and kalau nak baca tu bukak sipi sipi je which perasaan ni cuma orang yang kumpul beli novel je yang faham , kau faham yang kau beli tu pakai duit and for a long term kau akan baca ulang balik buku ni ,  so sense nak menjaga tu sangat tinggi k , dan seringkali aaaa aku akan kecewa dengan orang yang meminjam pastu depan mata ceqqq dia pi buka besar besar buku tu weh dikau sedang menyakitkan bayiku ( kah kah baby sounds so bayi in malay haha ) , tapi kau tahu je bila kau dapat balik buku tu ( most of the times kau kena redha buku tu tak balik ) ( hmmph ) buku tu dah loose dan aku selalu akan merawat mereka dengan berlapis lapis salotape. 

              Habis menangisi nasib novel novel , aku teringat yang aku kemas nota sekolah dengan nota alevels beberapa hari lepas. Eh tipu , ni aku tak kemas , aku cuma belek balik sebab ternampak ada dalam kotak. Aku belek nota biology , my bias for science subjects masa sekolah is biology , itu yang acah acah aku boleh menjadi seorang doktor kah kah tu yang sampai nak ke India suatu masa dahulu siap mention lak tu masa interview nak jadi Majlis Tertinggi ( ceqq nak pi India post  )  . Aku enjoy repeating ajar orang cemana si Dolly kot nama dia , kambing clone aku lupa nama dia boleh terjadi , even mitosis miosis semua aku sangat suka lukis dan ulang banyak kali. Aku boleh sempat buat dancing notes ( sentences beralun bertukar colour pen ) , entah apa yang aku fikir masa tu , mungkin otak akan lebih tertarik pada benda fancy kot kot bolehlah rajin gamaknya tu. Habis selak fail bio , bukak pulak paper Alevels yang menimbun , yang masih kemas aku simpan banyaknya economics , in the past I used to score 90/100 for unit 4 economics which that explains kenapa aku macam frust economics dapat B masa real alevels ( well aku basically doing alhamdulillah baik for macroeconomics unit 2 and 4 but not for unit 1 and 3 ) ( aku ingat yang aku rasa sikit reluctant lepas keluar dewan after jawab unit 1 and unit 3 - and biasa aku punya reluctant tu jujur , dia turn out not so good ) 

nota biology yang menari. 

nota bio dedolu. ( read dedulu sambil kunyah baulu ) hahaha

mana lagi akan ku jumpa markah sebanyak ini lagi , mana bila ~ ~~ ~ ~ 

I guess. I just love these little things. 

          I jot all these things down sebab aku nak selalu ingat the values and stories behind something sebab banyak je potensi nak lupa banyak benda , and this is one of the way to keep it . Entah , mungkin aku orang yang sentimental , yang value benda sentimental ( kah kah sepanjang post kau tak sebut pun sentimental kan najwa - disebabkan aku mention dekat tajuk , maka yeah masukkanlah eh ) 

Macaroni bakar ala mamak Miss M.

hahaha leuls guwe terhibur dengan tajuk recipe , I don't usually share recipes  but this is worth trying sedap cepat senang nak buat lagi lagi time puasa ni , and today is my second time trying which masa first time buat tu , my picky eater brother makan non stop k sampai ke moreh ( not self proclaiming sedap tapi memang sedap wakakak ) 

So credit to Miss M ( a friend of mine )   for the very easyyyy on top of that so delicioussss recipe ( tak tipu weh sedappp ) , tadi masa mintak izin nak share dia kata jangan letak nama , so I bagi initial je :p 

dia serious senang nak buat cuma bebelan aku kelihatan merenyahkan wahahahha . I have a simpler kind of recipe kalau kau tak larat nak membaca bebelan kuuu ~ ~ ~

Lets start ! What you need is macaroni , bawang besar , daging kisar ( tukarlah nak hotdog ke ayam ke ikut suka ) , serbuk kari , susu cair , telur , garam gula secukup rasa and CHEEESEEE.  So for starter ni Miss M bagi ukuran for 250 g of macaroni which kau takyah gigih nak timbang , kan beli sepaket macaroni san remo tah apa tak kisahlah jenama dia , pepandailah half-kan dari 500 g or gandakan sendiri untuk bake more than 250 g of macaroni. 

So for 250 g of macaroni , 
seketul bawang besar ( diced them )
400g pepandai tengok cemana daging kisar
4 sudu serbuk kari ( kari daging preferable lols tak kisah ) ( asal serbuk kari ) ( lebih sikit pun takpe )
satu tin susu cayaqq ( menarik accent kedah ni ) 
4 biji telur 
Garam gula secukup rasa 
Cheese ( idk apa yang sedap before this I pakai cheddar , today pakai mozarella ) ( nanti I'll let you know apa beza rasa dia ) UPDATE * Cheddar taste better ( original recipe pun kata cheddar )

( mungkin kau nak consider sayur seperti carrot ke , kentang ke ikutlah , I only add in carrots ) 

so firstly , I will rebus dulu macaroni , masak air atas dapur kasi mendidih then masuk oil a bit ( I put no salt sebab satgi nak masak ada salt so yeah ) , then masukkan macaroni pepandailah asal dia macam kembang sikit , keluarkan dan toskan ( set aside ) 

Then dalam periuk panaskan minyak , then tumis bawang tadi dengan serbuk kari sampai naik bau. Pastikan dia betul betul masak . Then bila dah naik bau masukkan daging kisar tadi. Then gaullah sebentar kasi the rempah blend together dengan daging tadi. agak agak macam eh dah nak masak ni ( takyah lama , like 4 to 5 minutes tengok amount daging ) , masukkan satu tin susu cair , my friend kata kalau macam pekat sangat tambah air ( I tak tambah air since I like it macam pekat sikit ) . Perasakan dengan garam gula secukup rasa. Then biarkan mendidih

Sambil tunggu mendidih tu pergilah kemas apa yang boleh kemas atau bergelak ketawa menonton televisyen atau terhibur sendirian scroll instagram kah kah kah nehi jangan tinggalkan masakan k anak anak. Sambil tunggu tu , kot kot kau nak membakar pakai loyang , sesapulah mentega and boleh aaa start panaskan oven ( around 175' for 15 minutes ) .

Now its time for you to check back the periuk , agak agak dah mendidih tu tutup api. Then ambik macaroni yang dah direbus tadi gaulkan sebati dengan kuah yang kita masak tu. Agak agak dah sebati , masukkan dalam loyang ikut suka la nak selang selikan lapisan dengan cheese ke atau nak letak all the cheese on top , up to you people ! Kadang aku tengok pattern orang melayu sekrang ni semua dia nak cheese , so the more the merrier la kot ( amaran , aku rasa cheese mahal weh RM 14.90 tambah GST for 200 g ergh nak makan punya pasal tutup mata je membeli ) 

So bila dah cover the top with cheese tu , tadi telur empat biji tu pukul pukul sikit then tuang on the surface secara even wakakkaka ini macam susah nak sekata ( well at least to me ) tapi pepandailah kau nak. hahaha. 

Then bakar for 20 -30 minutes dalam suhu around 170' - 180' , indicator dia is when nampak cheese tu macam dah brown brown sikit , bolehlah keluarkan dari oven. 

TADADADA SIAPPPPPP ! 

Nah daku kongsikan gambar in the making of macaroni bakar ala mamak Miss M





cheeesy nayyy

Usrah wasn't my jammed in the past.

I keep editing the post sebab at first nak tulis camni pastu second thought nak tulis macam ni pulak. Taktahu mesej sampai tak tapi moga sedikit thoughts ni give you something to ponder , tak sikit , banyak , tak banyak , sikit. I am not that sure whether the tajuk fit ke tak malas nak fikir ~ ~ ~

This phrase kept bugging my head this morning while I'm frying nuggets for sahur. Shoot. Goreng nugget fikir pasal usrah. Ngeh.

Usrah di mata aku , is a bunch of cool kids yang mungkin kelihatan asing gathers for good reasons . Sebab Islam tu datang secara asing dan pulang dengan asing aicewahs. Nak kelihatan cool? Lets be together for good purpose :D 

Aku tak terlepas dari zaman yang memandang sinis isu usrah dan dakwah. 

Malah dulu pernah persoalkan tindak tanduk seorang hamba Allah yang keep spamming a group with lots of dakwah post , like apa mekanisma dia nak pakai , share bebanyak untuk group yang wujud bukan for that purpose. Aku pernah marah sebab aku rasa notification penuh dari group tersebut sebab susah nak membezakan mana post penting mana post yang tak pening. Aku persoalkan perkara tersebut pada seorang ustazah , aku kata kalau banyak macam tu kongsi siapa  nak terkesan. Dan sampai sekarang aku simpan jawapan ustazah dalam kepala " Mungkin dalam banyak banyak post tu , ada hati yang terkesan " akan ada. Jangan pernah undermine usaha dakwah orang , kalau dia mencapai orang through dakwah media , hormati usaha dia. Sebab dakwah tu wajib kepada orang , semua orang perlu ada rasa tanggungjawab nak sebarkan the beauty of Islam , sekalipun bukan dalam bentuk ucapan , mungkin cukup pada permulaan dengan memakai outfit yang ikut garis panduan agama , kan molek jadi contoh yang baik reflection Islam? 

Beberapa hari lepas tengok insta orang , pastu ternampak an ukhti ( a sister ) post gambar dia pergi Intec , to be precise Kolej Akasia , seksyen 18. I guess that's where " Usrah wasn't my jammed in the past " phrase muncul dalam kepala. Sebab I wasn't whom I used to be in the past. Aku used to sign up for usrah , then in the middle bila kena panggil , when ada kakak message pepanjang ajak turun usrah , aku mengelak untuk tak turun. Lama lama akak tu pun faham kot yang aku punya inclination terhadap usrah tidak lagi bersungguh seperti masa aku sign up for it. Masa tu aku ingat yang usrah akan makan masa aku when I'm trying to excel in my studies back masa Alevels seeing my housemates in Akasia takde siapa pun sign for outdoor activities and spent most of their time home at their tables , and aku jugak dah berjanji dengan diri sendiri untuk tak lagi actively involve in koku's so thats why I declined the usrah invitations.

Seingat aku , aku sekali je join usrah masa dekat Intec , with intention nak makan free. Leuls sebab masa tu money drained out ( masa apa je money tak drained out masa preparation? Masa allowance baru masuk. Meh ) , aku lupa its either I notice the usrah by accident or ada kawan ajak , but that's the only one ! and ayat yang ukhti dalam grouping aku share masa tu kekal dalam kepala aku sampai sekarang

Perihal pinjaman yang baik ( in this context , pinjaman masa )
Dia kata , barangsiapa yang meminjamkan Allah dengan pinjaman yang baik ,
maka Allah akan balas pinjaman dia dengan kebaikan yang berganda.

When at the first place , apa yang kita owned sekarang like masa , tenaga , keringat bukan milik kita pun tapi Allah punya. Dia pinjamkan dekat kita di dunia , and kalau kita pinjamkan benda yang kita pinjam ni dekat Allah balik ( irony how it sounds ) , He'll reward us. Dan masa tu macam SHOOT dalam kepala. Dan aku tanya dengan diri sendiri ,

pinjaman baik apa yang kau dah  offer dekat Allah?
banyak masa yang Allah bagi pinjam kau pakai untuk kepentingan diri. Tidur. Bangun , belajar ibadah acuh tak acuh. 

( ... )

Sadly the ignite feeling of wanting to make changes , padam tengah jalan. Terus kedekut untuk pinjamkan Allah dengan pinjaman yang baik. I used all the time given for my own personal interest , study - lepak - buat mana wajib itu pun sambil lewa - and that's it.

Aku pernah try nak join usrah camps , like Ini Sejarah Kita ( not knowing its regarding sejarah Islam ) , pernah je try tanya ibu untuk join , dan ibu reluctant nak bagi , sebab tak lari kot dari stigma masyarakat yang takut menyimpang , lagi tu media pi tayang cerita kesesatan nyata zzz , dan aku choose untuk takpelah , takyah sekarang. Dan aku dapat alhamdulillah tarbiyah for the camp di bumi Cardiff , and for some reasons Allah punya aturan tu cantik serious punya cantik sebab kalau aku pergi masa aku Alevels , aku mungkin takkan dapat faham , atau mungkin feel intimidated dengan orang yang pergi camp tu , yang mungkin dah move forward dalam skala kebaikan ( mengikut definisi aku ) . 

berkubur sampailah habis Alevels. Dulu before Alevels aku pernah janji dengan diri sendiri yang preparation before overseas aku bukan semata pada academic qualification , or pebawakan diri sebagai manusia seperti kebolehan memasak berskala 6.5 , tapi jugak termasuk dengan enhancement dalam kerohanian , sebab aku tahu jiwa kena kental bila jauh. Jauh dari keluarga , jauh pergi ke tempat yang Islam tu minority.

tapi aku tak kuat mana. Dan tak juga mencuba untuk menguatkan kekuatan rohani. 

Dulu before sampai Cardiff. Aku banyak kali kata nak shut myself off from public. Grab a law degree and that's it.

that's it 

tu je. 

Kalau fikir balik ;  

Sebenarnya agama tak rugi apa kalau aku choose untuk tak bergerak dalam gerabak mana mana dakwah. 

Yang rugi tu kita , sebab kefahaman pada Al-Quran ( agama dan keseluruhannya ) tu blessings from Him for us to grab. Sebab Al-Quran tu ada depan mata sedari kecik. Nampak je dekat almari dibiar sampai berhabuk. Kadang tu nampak ayah ibu baca Quran , tapi sikit pun hati tu tak rasa nak dekat pada Quran. Aku harap diri aku yang serupa itu dah berkubur di laut India. 

sedih , sebab aku rasa sangat lama tempoh masa untuk aku sedar aku adalah manusia yang rugi. 
Sikit pun hati tak terkesan dengan issue agama dan dakwah sejak sekolah. Dan aku sangat berharap bila dapat jejak balik sekolah nanti , to spread the feelings of wanting to know more about the deen ( agama ) dari umur belasan tahun. Supaya tak rasa macam akak rasa , all the wasted years not knowing the true purpose of living. Hidup sebab esok kena bangun pagi - makan - belajar - buat routine sehari harian. Tanpa sedar purpose of living covers more than those chapters of routine seharian. 

I may not be the most qualified person untuk ajak orang buat baik but that shoudn't be an excuse for not trying. Untuk jadi baik jugak tak require kau join mana mana usrah or making usrah as your jammed , but certainly its a good path for you to start , sebab nak berubah sensorang ni payah. Serious payah , sebab kita tahu kita ni macam mana , and bila sorang kita selalu hilang aim , its hard to keep the determination , sebab one second you want to be good one second you'll be like " eh takpelah " , you need a circle of people yang walking in the same direction supaya jadi orang yang mengingatkan. Yang tahu your intention of becoming a better person , so these indirectly boleh jadi a pushing factor.

Aku bercerita sebab aku masuk kot golongan yang struggle really hard to change. I guess semua struggle , cuma struggle pada different stages ,  aku nak people know yang bila kau rasa susah nak berubah , I'm in the same shoes as yours , sebab some people perceive yang " eh dia ni memanglah baik sebab datang dari keluarga purdah tudung labuh tasbih two four seven "  when sebenarnya chances to change to be a better person tak cuma tertakluk pada orang yang dilahirkan dalam suasana yang membina. You can start in any point , tak perlu belajar rentas laut , pasangkan niat , tinggalkan benda benda jahiliyyah. PAYAH. Memang payah tapi cuba ! sebab Allah value the efforts !  

Jadikan things yang makes you a better person as your jammed , your liking ! 

:)

takde kaitan. Tapi aku rindu nak belajar leuls. serious rindu. 

Merentas dunia , dari bumi 4 musim ke negara khatulistiwa.

Motiffff kan tajuk !

btw setahun lepas , on the 19th of June , habis Alevels , and on 19th of June 2015 dah habis a year in Cardiff alhamdulillah :)

Bukankah sudah ku bilang samamu awal awal masa last updated post that my next post will be posted semasa aku di Malaysia. ( dan apabila dah dekat rumah , aku semestinya lebih malas untuk update ngueh ) Here I am ! ( aku tak terkecuali dari mangsa jetlagged sabar je ) , kadang tu sungguh aku berusaha untuk tak tidur during the day - or trying to make myself sleep masa tengah malam , well now aku akan tidur around 11 , awake at 12/1 pastu sebabkan nak membetulkan sleep cycle aku akan macam mehh kita tidur balik wakakaka. 

So I came back home early this week , for like 31++ hours plus kalau masuk journey from Cardiff to Malaysia. Hectic ! Aku keluar rumah pukul 5.00 pagi macam tu , then journey to London around 6.15 am macam tu - we took a taxi that early morning ( well 5.00am dah terang dah dekat UK  as subuh pun dah nak habis at that hour ) , pastu nak jadikan cerita pagi tu banyak gilaaa jalan tutup sebab ada cycle tah apa tah , we're aware with the facts tapi takde choice but to memang gerak dari rumah sendiri sebab banyak benda nak settle that night before. Pastu alhamdulillah dapat abang sado ala ala sharnaaz wakakka sebab dia macam dari awal angkat luggage besaqqq kitaorang naik taxi then he argued with the pakcik pakcik yang tutup jalan pagi tu , dia macam bengang gila kenapa tak bagi lalu , pastu meter reading keep hiking up sebab dia bawak kitaorang pusing pusing as banyak jalan tutup and abang taxi tu macam cakap , the girls ni nak kejar bas pastu tengok aaa besar mana luggage diaorang pastu nak jalan jejauh ( deramaaaa weh abang tu macam berapi ) ( and dia end up alihkan kon jalan tu , which pakcik penjaga kon kata " Nanti guwe saman loo " weh tipu pakcik jaga kon tak cakap indon kah kah ) ( abang taxi sado ala sharnaaz tu pun " Loo nak saman ,saman aja guwe enggak pedulik " and he said that he wont charge us more than 10 pound padahal time tu dah belas belas dah meter reading ) , dia hantar kitaorang betul betul dekat bas station tu kena jalan adalah dua tiga langkah je . Berakhir drama pagi tu dengan rasa macam lega sangat sebab dapat abang taxi yang sangat helpful. Jasamu dikenang :')

Then Cardiff ke London took around 3 hours macam tu , and sampai je Terminal 3 Heathrow time tu , gate untuk one of our housemate ( dia balik flight lain dah bukak ) , and me with another two housemate kena tunggu gate bukak around 1.30 and kitaorang dah dekat Heathrow tu dari pukul 9 lebih ( zzzzzzzzzzzzzz ) ( zzzzzzzzzz lagi ) , tunggu la melanguk dekat situ , kejap pergi toilet kejap beli air kejap tidur kejap kacau orang . 

pendekkan cerita . 1.30 kitaorang check in. Pastu naik departure hall , cari prayer room jamak zuhur asar , pastu makan sat dekat cafe minum kopi makan roti then melilau jap , gate mula bukak at 4.00 with some delays , basically nak dekat 5.40pm baru bukak gate and tetiba pulak kena tunggu an hour dalam flight tu before dia take off , my first flight tu is from London - Jordan . and kitaorang jelah pun muka asia dalam tu lain semua arab , ya Allah menduga wehhhhhhh menduga sesangat tahap menguji kesabaran aku taktahulah this one group macam batak tak pernah naik flight ke apa , ( aku tak kisah kau tak pernah naik flight ke apa ke ) tapi pergi habiskan that early hours and that four hours journey dengan selfie lah then  ambik gambar BUKAK FLASH LIGHTS PLUS TAK SENYAPKAN PHONE T.T pastu dengan arab yang degil taknak fasten seat belt , taknak letak meja dekat position asal and tutup tingkap masa nak take off weh kenapa degil sangat aku rasa nak baling dengan selimut biar lemas tak nyusahkan orang . Allah je tahu perasaan aku bila dah sampai Jordan ( kesemua arab arab sudah turun pulang ke negara mereka fiuhhhhhh )  knowing flight Jordan - KL mesti akan ramai Melayu and sesungguhnya Melayu ni beradab dan mendengar kata , dan that almost 12 hours flight dirasakan sangat menenangkan dan selesa. 

Aku naik Royal Jordanian ( which most people question apa ? kenapa ? ) jawapan paling fit is MURAH , murah tak murah mana but to get a ticket pergi balik , around 2k Malaysia is not bad for us students. 

Flight lelama cuma mampu tidur and hearing to musics or kacau housemate since I can't really watch movies in flights . Bangun untuk solat and makan and pergi toilet. The service for Royal Jordanian was not that bad , okay la , flight pun cantik and selesa. The foods was okay jugak , and before sampai Malaysia , kitaorang transit Bangkok kejap tak keluar flight pun. Then sambung the journey to Malaysia for like sejam setengah macam tu. 

Before turun tu dalam flight dah bagitahu dah yang suhu luar 30' padahal time tu dah malam dah and I was like errr , dalam KLIA tak rasa sangat bahang dia , then berkejaran ke toilet sebab tukar tudung ( I was in the very lazy mood pakai tudung indon sepanjang flight - it was easier nak solat semua and tak messy ) , and bila keluar dari arrival gate tu nampak the family wait , tetiba daku menjadi sebak. Sebak sebab these people I've been missing / talking through social medias all these while sekarang dah depan mata , I never thought the feeling was sebak beyond words. Rasa macam syukur sangat dah sampai Malaysia after the tiring journey.

Sebelum turun flight tu dah cakap dengan housemate ala ala pramugari MAS

 " Welcome back home Malaysian " 

dalam flight. Tengok maps lebih menarik k dari segalanya.

sangat spacious and selesa , Jordan - Kuala Lumpur , Royal Jordanian.

bersama Nadilah , abaikan muka ikan rebus.

Queen Alia Jordan.


home-bound

home with the people I love ( mak cik makcik pun tunggu tapi dah gerak dulu )


Before balik Melaka , since my parents kerja esoknya , singgah rumah makcik jap jumpa ikan bersama ekor dan kepala with all nice foods , sebab its cooked by the people you love and after dull foods on flight makan roti ayam kentang , Malaysian foods definitely worth the patience and wait weh ! 

Aim dah dekat Malaysia ni? 

HOME :)

Nak put my parents hearts at ease , dengan menjadi anak yang menyenangkan dari setiap segi , and perhaps adik dan kakak yang cherish the moments , sudah menjadi kebiasaan yang I don't really connect to my phone time cuti cuti ni , and insyaAllah a better muslimah in making. Ramadhan ni ada Girls project , nak khatam quran sesama dengan GE'EF sambil tu buat sekali tadabbur ayat ( reflection on random ayat from random surah ) . Bought myself two novels ( and more ) and dah habis baca satu. Urusan kewangan semua dah settle awal awal alhamdulillah , license pun dah tukar competent cuma aku malas nak drive jadi memang duduk di rumah je , wells its good to be home :)

Merentas bumi , dari negara sejuk eh panas ke tak panas sangat ke negara dia garisan tengah khatulistiwa takde hal insyaAllah. Akak kawasan sudah pulang ke kawasannya miahahha bersama kucing kucing dan keluarga. And sekarang tengah ajar diri sendiri untuk tak whine panas ke apa ke sebab awal awal akak usrah dah pesan , and before balik pun masa Kampung Tarbiyah tu dah diingatkan yang kata lawan sabar dalam Quran , ialah keluhan , jadi taknaklah jadi orang yang tak sabar dengan asyik mengeluh. 

Selamat berpuasa semuaaaaaa, moga dapat merasa keberkatan Ramadhan tu and insyaAllah may the month of tarbiyyah ni menjadikan kita lebih baik insyaAllah. Tadi aku terfikir yang antara blessings yang Allah bagi is dapat sama sama sambut Ramadhan dengan family ( setahun lepas pun full sambut dekat rumah heeee ) , alhamdulillah :)

Sayonara Tahun Satu !

HAI LAMANYA I TAK NAMPAK YOUUU BELOGGGG

Berkira kira nak update pasal banyak benda sebenarnya , kalau fikir balik , I left out my Bath trip , my sharing circle reflections , and semua macam kena tangguh dulu sebab I need to organize my priority lists. Updating blog is also a priority tapi priority terhadap benda lain ( nearest example ; study ) nampaknya memerlukan lebih banyak perhatian. Then berkira la nak update lepas exam , ngehhhhhh lepas exam lagi busy gamaknya , I finished my exam on 4th , then celebrate sama sama dengan law mates , then on 5th ada Kampung Tarbiyah , theme : Manisnya ukhwah , Indahnya Tarbiyah , Luasnya Maghfirah ( pengampunan ) which to be the last usrah for my first year in the United Kingdom , kira macam to sum up and to get ready for summer application ( I'll tell more down below ) , pastu balik on the 6th , tetamu dari different uni's datang ( my bad sebab penat plus celaru bangun bangun pagi diaorang dah siap siap nak keluar rumah T.T , maaf akhsya , tiraa ) , on 7th I do my shopping cari souvenirs untuk orang Malaysia , then on 8th day trip pergi London , pergi right after subuh , which 3.40 camtu dah keluar rumah and balik rumah balik around 12.10 am camtu. And its only today I got to sort things out , since souvenirs semua dah cari , baju alhamdulillah dah kemas , sekarang tengah fikir nak bawak balik tak tudung ( limited spaces some more T.T )

me on the first day of orientation - my first outfit ( last September ) 

Lepas exam nilah segala macam hasutan dugaan setans dan jemaahnya lari bertempiaran , mungkin pi menggoda orang lain yang tengah exam. Time exam tulah seribu drama nak beratur memanggil manggil , time tulah rasa nak scroll segala macam media social , time tulah nak buat everything yang sebenarnya boleh je delay buat lepas exam.

k then habis dah exam weeeeweeee

puff hilang semua nafsu nak buat benda lagho, mainly. Hilang. ( menangisi diri sendiri )

Talking about lagho dan kehidupan , terpanggil pulak nak jot down pasal recent Kampung Tarbiyah , my two days spent well with the sisters.

last day paper , at the student union staircase , belakang tu main building university :))

Banyak benda yang aku nak kongsi but its more like bits and pieces. Lets go ! , first one catchy tazkirah subuh by Kak Wanie ( I'm gonna miss you kak wanie :'( Kak Wanie will be graduating soon as a pharmacist , kita doakan akak berjaya cari zauj within that 2 years time limit mak keh keh ) , dia kongsi pasal Sabar yang dia baca dari buku  , Sabar menurut Al-Quran. Sabar ni is when kita dapat tahan diri dari benda yang kita tak suka untuk dapat redha Allah , and antonym for Sabar ni , ialah keluhan. Sounds weird isn't it? The book is written by Sheikh Yusof Qardawi. Which context sabar dalam Quran ni luas , more than konsep Sabar in bahasa Melayu , macam kita selalu guna 'sabar' ni masa marah , masa nak tunggu sesuatu , and selalunya sabar kita limited time terima musibah , padahal konsep sabar ni merangkumi banyak benda , contoh sabar dalam menyebarkan maklumat : which equal to menyimpan rahsia, idk whether you get that point ke tak since I forgot about the examples given. Tapi apa yang menarik kat sini is kata lawan for sabar yang Sheikh ni highlight is keluhan , and come to think about it , berapa banyak keluhan dah aku buat sehari , even tak sampai lagi tahap marah tapi keluhan tu sendiri ialah indicator yang kita ni tak penyabar orangnya T.T , kadang tu Allah uji sikit je ( Al- Baqarah 2 : 155 ) , and selalu kan kita dengar Allah takkan uji kita lebih dari yang kita mampu , and if and only if we know flow rencana hidup yang Allah dah tulis , mesti kita akan macam weh aku tak sedia lagi nak hadap benda ni , padahal , urusan kesediaan ni urusan Tuhan , dia je tahu the real level kesediaan kita , and He put in bulk of ujian sebab Dia tahu level kesediaan kau menerima ujian tu dah reach that level. Or sekalipun belum sampai tahap sedia tu , Allah bagi ujian sebab dia nak kau reach that particular level and made you stronger than what you believe / know. Weh He knows it all every inch weh , He made us , He puts us there and He will ease you through.

And another thing , is sharing from Kak Achik , our lovely kakak nenek ( sebab ikut hierarchy family usrah hahaha ) , pasal Surah At-Taubah is said to be the last surah yang Allah turunkan , and menariknya At-Taubah ni is that dia tak start pun dengan bismillah which nak highlight teguran dari Allah , yang orang musyrik , this is the last time I warn you , after all peringatan untuk kembali beriman  , and meskipun surah tu berbentuk teguran yang keras , banyak kali sebenarnya Allah ajak untuk bertaubat , kembali kepada jalan yang benar ( I haven't got the chance to go through the surah , but sure will do ) . Menarik kan? Sebab it does not starts with bismillah and dia memang berbentuk teguran yang keras but still banyak kali Allah offer untuk taubat. :') And bila cakap pasal benda ni , ada sorang kakak share pasal one ayat in Surah Al-Hadid which Allah cakap yang syurga ni luas dia merangkumi , bumi dan langit , which nak tunjuk welcomingnya Allah tu nak kita masuk syurga Dia. Lebih dari muat untuk semua penduduk bumi. Which bila Allah dah sangat welcoming macam tu , for what reason , bila lagi kita nak move on dari jahiliyyah ni? Of all nikmat and overflowing oh rahmah ( kasih sayang ) , bila lagi nak jadi a better person? Yang worship Allah thoroughly at the same time having a good relation dengan alam sekeliling .

So I kinda write this in two different times so kinda loosing the rythm in between. 

Jujur aku cakap , aku punya perasaan nak balik Malaysia ni sangatlah mixed feelings , aku excited but at the same time takut , takut didikan tarbiyah dekat sini tak boleh nak apply leklok dekat diri sendiri dekat Malaysia. Sebab all these while , me myself believe that I've changed , insyaAllah to a better person , and I gave that sense of changes dekat orang sekeliling , and its like a pressure , pressure yang membina insyaAllah for me to be a better person , this time around more about qudwah , qudwah ( contoh ) yang hasanah ( baik ). Mohon didoakan. Its the application time , mohon lepas ujian ni .

Anyways , I finished my paper on the 4th of June last week , Legal Foundation . Kadang aku suka random scroll old instagram photos , seeing satu masa dulu UK tu rasa macam sangat jauh untuk digapai and secretly piling hopes and increasing efforts sebab nak jadikan dia lebih dari angan angan semata , and pufff dah kat sini. Habis dah first year even banyak kali whine kenapa law but then bila tanya orang lain yang ambik Math segala macam tu , tetiba rasa bersyukur sangat sebab end up sambung law. Dulu jugak Cardiff ni selalu aku uttered dalam mana mana post , mohon didoakan Cardiff 14' , dan despite dulu risau ramai budak law dekat Cardiff ( as they put it as an insurance university ) , tapi end up Allah bagi wonderful best best best people dekat sini , tak drama , propa sesikit kah kah , tapi its more than I ever wish. Padahal kalau nak ikutkan cerita ni , dulu masa aku apply Cardiff ( I applied a bit earlier than anyone else ) , Cardiff was not in the list yang boleh apply pun but I took the risk of applying - then its my first offer pun ,and devoted sampai hari ni aicewah , tah la , rasa macam Cardiff is the best answer to all my preferences . :')

if anyone wondering najwa sekarang sibuk buat apa ? ( main the sims ) ( plus install uninstall different kind of games in the phone hahahahhahah ) 

In a few days time , dah nak balik dah. I shared my feelings with the rest of usrahmates masa dekat Kampung Tarbiyah tu , I miss many moments dekat family since I was 13. Sebab my brother got himself into Palam , for asasi engineering and kat sini mampu tengok gambar dan nangis sensorang. Dulu masa dia masuk Saser pun I was not there , even banyak sebenarnya benda yang aku miss sebab duduk jauh dengan family sejak form 1. Even dulu mintak family doakan yang aku tak pergi graduation abang sebab nak fly time tu and if aku pergi graduation dia , it means that aku tak fly aaa in a way. Dia takdelah macam regret dengan kehidupan sendiri , tapi kadang tu takleh nak tolong pun that feeling. Because I've missed so many good moments , aku nak sangat keberadaan aku di sisi keluarga tu bermanfaat dari setiap segi , biar that short moment yang aku spent tu cherished by everyone. ( sedih pulak tulis ni leuls ) , doakanlah for anyone who're reading through the line , supaya manusia ni boleh jadi anak dan kakak yang bermanfaat kehadirannya. 

Najwa and innerself wanting to selfie with everything ahhahahahahah  k tak lawak kenapa kau gelak - I fancy bears more than shopping ( tergolek ) - London day trip .

More to recap , since dah 21 ni kan , I kept saying dulu yang ikut kalendar my mom , she got married at the age of 21 in January in the year 1990. And aku dah sebenarnya tahap pasrah menyerah bahhahah bila melihat bulan January berlalu pergi dan sehingga ke hari ni. Hahaha tapi bila lama lama fikir yang if Allah nak bagi zauj-uhuks-tersedak-ala-gelinya-sebut sekarang , I'm not in that ready phase yet mentally physically . Even sekarang living on my own ada rumah sewa like uruskan financial sendiri , which yeah bukan diri sendiri pun yang generate duit but still I'm dealing with my own matters , I can't really see myself in the position as a wife kot. Makan pun malas masak , selesa dengan menu zirafah ( read sandwiches with lotsaaaaaasayur ) dan makan apa yang ada iRedho , even bangun tidur pun ikut jam tah mana mana , masih berangan nak kahwin awal. Lupakan. Lupakaaaaaan. Kita relaks je la kot dulu. Kalau ada , ada , kalau takde , He knows why and whats best . And mungkin sekarang fasa pembaikan diri secara total , aku rasa tak perlu nak cari yang baik ke letak criteria berkajang , its enough by you yourself be the change and insyAllah dapat yang sama sama berjuang ke arah kebaikan? Mungkin? 

So panjang dah ni. I need to sort out Spain posts , barang nak simpan sini , barang nak bawak balik iCelaru k. Just got lectured by my mom miahahhahahahhahahhaha sebab kalau boleh semua benda semua bendaaaaa nak bawak balik malaysia ( icry ) 

Lets hope that the next post up on the blog will be posted from Malaysia insyaAllah :*

Sayonara Tahun Satu ! 

Anonymous , terima kasih.

Since its already 2nd of June. June already wehhhhh ( time flies really fast I know right ) ,

I just wanna jot it down here , sebab nanti takut lupa. Sebab its kinda significant to me. Kot. Maybe. Hahaha tak tahulah but yeah I am not really sure who sent me the birthday card , at first I thought it was one of my ge'ef but eventually tak , because it comes from Wales according to stamp , jenuh gak nak mencari siapa mengapa awak - anda - antunna - kau - you tak letak nama leuls I can't read signature , 

Hari ni kinda like luar petala sakit kepala like tak pernah pernah sakit kepala T.T though it was just a small degree of headache but still , maybe sebab it was raining and tadi pergi tawaf satu Cathays leuls hiperbola nehi haha , sebab pergi cari barang dapur . Pastu bila nak balik rumah its like so far far away far away punya kingdom nak ditapak and balik balik dapat card , padahal birthday dah seminggu lepas agaknya but still for the thoughtful remembrance on my 21st birthday , terima kasih anonymous. I never knew you going to read this through or tak , or have ever came across my blog ke other social medias which seems accessible , or perhaps we're close enough in the real life but you choose to be a not so anonymous ( sebab ada je signature but yeah I can't read that ) , tapi terima kasih. Bolehlah kejap feelng feeling anxious + excited + curious. Can't help but yeaaa hahaha. Penat aku analyze from the name on the letter , instead of my full name , you put down the initial , hahaha aku tak tahu aku pernah clarify tak kenapa ada tiga N in ANNNazari when I only have two N in logic , Anis Najwa Nazari , which yeah my another N stands for my mom's , Nurul - lols kau dah kenapa tetiba clarify kat sini kan.Penat gak analyze tulisan semua , but yea tak jumpa pun siapa yang hantar. Tapi takpelah ,moga Allah balas kebaikan anda dengan a good life with blessings jugak , kot kot bolehlah bagi hint kan siapakah dirimu when you perhaps read this , so I can send you mungkin a reply card wakakaka.



Moga my existence benefit you in a good way , and yeah mana tahu your seringgit gonna help me in the future nak beli sebatang aiskrim wahahahha. Amused k dengan orang reti lipat lipat duit ni because iols tak reti ngueh . 

It did , in one sense brighten my day today , after a not so hectic criminal paper. Bolehlah alhamdulillah , doakan , another ONE to go and I'm done weeeeeeeee. 

I jot it down here so that later aku akan patah balik baca through the blog posts so that I'll remember blessings yang Allah bagi dalam hidup. I appreciate these little things and aku tahu tendency aku untuk melupakan perkara perkara kecil ni senang , and I guess its for my own record kot kot nanti this card went missing ke miahahahhha no i kept all these cards sejak sekolah k no I am not that careless leuls ( masuk bakul tergolek )