Kau tak buat banyak benda pun.
Rasa macam tengah ada dalam perlawanan bola sepak dan sedang desperate nak mintak a time-off sambil buat gaya tangan yang 'T' tu haha.
Tapi aku sedar je sebenarnya yang tak boleh nak mengeluh penat pun sebab kau tahu yang kau tak buat banyak benda dalam kehidupan . Dan ada orang lain jauh lebih sibuk. Tapi aku cuma nak rehat. Kejap.
( mungkin sebab manja sangat selama ni macam bersenang lenang )
Rindu pulak nak tulis dalam bahasa melayu. Punyalah pening dua tiga hari ni draft email dalam bahasa Melayu , pastu ada beberapa mesej disampaikan dalam Bahasa Inggeris Bila mintak tolong si Google Translate , rasa macam aneh sangat transisi bahasa tu. Dah lepastu habis redha bila ayat bunyi macam janggal.
Selesa je pakai Bahasa Melayu sepanjang hidup , cuma bila kena menulis penuh dalam bahasa Melayu rasa macam ' ergh '
Tapi sebenarnya aku sangat menghargai saat saat kesempitan masa yang lapang tu a.ka kesibukan. Sebab statement ' Orang yang bahagia itu adalah orang yang sibuk' , punyalah aku beriman dengan ayat ni eh. Sebab setiap kali rasa macam lesu , jadi bersemangat secara tiba tiba !
Nevertheless ,
aku rasa aku ada issue untuk kata 'NO' tapi baru tolak satu jemputan untuk adjudicate debate tanpa berfikir dengan panjang . Sebab sangat terikat dengan tuntutan sebagai pelajar tahun akhir. Dan saat jemputan tu datang , aku baru habis 'freaked out' dengan diri sendiri sebab terima posisi sebagai moderator seminar ( jerit keluar tingkap )
Bercakap tentang tahun akhir , sponsor baru je emelkan surat berkajang mengenai urusan tahun akhir , dan di dalam bahasa Melayu. Dan itu semestinya memeningkan bila nak berurusan dengan universiti hahahaha , penatlah cari perkataan nak ganti urusan , google translate bagi cadangan 'affair' pastu rasa macam sekali lagi kedengaran aneh dan janggal.
Beberapa perkiraan tarikh yang aku rasa rumit alhamdulillah Allah mudahkan dan harapnya betullah perkiraan tu sebab sangatlah renyah kalau dia tiba tiba salah dan akan menyusahkan . Aku tahu je yang lambat laun memang kena hadap pun benda yang complicated ni tapi nak buat macam mana , nak lari pun taktahu nak pergi mana.
Haha aneh bukan cuba berbahasa Melayu penuh dalam post. Tapi jujur sangat rindu nak menulis dalam bahasa Melayu. Sebab baru lepas buat CV , kolum bahasa letak Bahasa Melayu sebagai 'native language' tapi aku macam sangsi dengan penggunaan bahasa sekarang haha.
Ohh , selepas beberapa minggu tak tengok pun traffic blog , harini sahaja ada 300 view yang majoiritnya datang dari negara Negeri Bersatu haha United States , jadi kalau menulis dengan bahasa ibunda ( dan susah rasanya nak transisi bahasa sebab bahasa yang aku pakai pun separa normal haha ) rasa macam letak satu penhadang di hadapan , ( apakah yang dikau cuba sampaikan )
itu sahaja untuk update kali ni . Boleh berusaha lain kali Anis Najwa haha.
Comments