Episod 14.7 - Apa yang berada dalam fikiran minggu ini
Banyak sangat benda yang bermain dalam fikiran sepanjang dua tiga minggu ni, lagi lagi minggu ni bila dah mula kerja semula. Aku mula terfikir untuk menulis sepenuhnya dalam Bahasa ataupun English , mungkin sudah masa untuk aku hormati dua bahasa yang berbeza , atau mungkin juga nak membina personaliti diri sendiri . Dua minggu ni aku asyik dapat kerja yang melibatkan peralihan bahasa Melayu dan Inggeris , dan kadang tu meratap keseorangan jugaklah memikirkan , sebagai contoh 'stakeholder' dalam bahasa Melayu . Alhamdulillah teringat minggu lepas , ada seorang kawan sekolah ni , dia memang ambil jurusan bahasa , dan dia pun mencadangkan satu laman web yang dia guna pakai dalam peralihan bahasa. Dan buat pertama kali juga dalam kehidupan aku jumpa perkataan ' Pemegang Pertaruhan ' , rasa macam bawak ayam pergi bertaruh pula perasaan dia. Haha.
the long list T.....T
Dua tiga minggu ni jugak aku berhenti menonton Return of Superman sebab tak mampu menunggu kelajuan siput internet rumah. Dan nampaknya tiada siapa pun nak layan permintaan mingguan aku untuk muat turunkan Return of Superman dan juga Runningman. Sebab kalau di UK , itu kot aktiviti mingguan di hari Isnin , itu je rasanya sumber hiburan untuk mengelakkan kebiruaan hari Isnin haha.
Seminggu jugak aku merasa sedikit tertekan dengan kelajuan Maxis memakan data internet , padahal aku cuma buka facebook , messenger , whatsapp , twitter dan kadang kadang instagram dan itupun banyak artikel dari facebook yang aku tak boleh nak buka , tiba tiba datang berduyun duyun mesej mengatakan yang aku dah guna sekian sekian data T_____T
Walaupun sedih tetap aku gigihkan tambah nilai dan beli internet ( lagi ) ( dan lagi ). Tak perlulah suruh aku yang buta teknologi separa ni bertukar pada talian yang lain. Bukan apa , aku beli Maxis sebab itu yang paling mudah di mata aku , lagipun buat masa ni , nak pakai cuma tiga bulan dan ianya satu keperluan untuk aku ada nombor Malaysia . Maka aku harus bersabar dengan Maxis yang nampaknya kebuluran internet. Mungkin aku harus berkerjasama dengan Giffgaff dan mencantas birokrasi perkhidmatan talian dan internet ( amboi sangat haha )
Selain itu juga , setelah merasa beberapa hari ( baru hari ye anak anak ) bekerja , aku selalu berfikir macam mana orang masih ada kekuatan untuk berjalan jalan lepas kerja , aku kalau diberi pilihan pergi kerja bawak kereta ataupun naik bas ( menunggu bas di pagi hari ) ( seringgit untuk satu hala perjalanan ) , aku lebih selesa menunggu bas . Sebab dengan emosi nak cepat sampai rumah , penat menghadap computer seharian , aku dah tak boleh berfikir benda lain. Kadang tu dah bercita cita nak habiskan satu episode cerita Korea dan dengar cerita banyak cerita baru yang seronok ( info dari Agent Penyaluran Cerita dan Info Korea - Aimi Zahraa ( adik perempuan ) , tapi aku rasa ini mungkin kali pertama aku bukak laptop dan hadap secara serius. Kalau tak sekadar nak bukak sebab kesian tak bukak seharian ataupun lepas bukak laptop yang akan bercinta tengok aku tidur. Dan bekerja jugak buat aku sedar yang betullah waktu solat adalah waktu kerehatan , makan perasaan dia lain , kalau dapat escape pergi solat asar dalam waktu 5.00 pm ke 5.15 pm ( biasa tenaga kau dah level 2.78/5.00 ) , aku rasa itu antara waktu berehat yang aku impikan seharian selain waktu rehat tengahari.
Ini situasi untuk aku yang tak ada komitmen suami dan anak anak . Aku terfikir yang dulu selalu tulis dalam karangan , antara punca keretakan hubungan kekeluargaan adalah ibu bapa semakin sibuk. Tapi nak buat macam mana , bila dah lalui alam pekerjaan separa atau suku ni , corak pekerjaan di Malaysia dah sememangnya macam tu . Itu kita bercerita tentang orang yang kerja office hour 8.30- 5.30 pm. Belum yang mula pagi habis malam. Atau mula pagi habis keesokan paginya. Aku tahu ini soal meletakkan priority pada tempatnya. Ini yang rasa nak bina tempat jagaan kanak kanak dalam pejabat , nak jadi ibu bapa yang melihat anak besar depan pengawasan kita ( bunyi seperti terlalu tinggi angan angan ni , tapi itu yang apa aku fikirkan minggu ni )
Dan selepas mencuba menulis dalam Bahasa Melayu , aku masih merasa kekok. Mungkin sudah terbiasa mencampur adukkan bahasa. Takpe , kita cuba lagi lain hari insyaAllah !
Comments