Macaroni bakar ala mamak Miss M.

hahaha leuls guwe terhibur dengan tajuk recipe , I don't usually share recipes  but this is worth trying sedap cepat senang nak buat lagi lagi time puasa ni , and today is my second time trying which masa first time buat tu , my picky eater brother makan non stop k sampai ke moreh ( not self proclaiming sedap tapi memang sedap wakakak ) 

So credit to Miss M ( a friend of mine )   for the very easyyyy on top of that so delicioussss recipe ( tak tipu weh sedappp ) , tadi masa mintak izin nak share dia kata jangan letak nama , so I bagi initial je :p 

dia serious senang nak buat cuma bebelan aku kelihatan merenyahkan wahahahha . I have a simpler kind of recipe kalau kau tak larat nak membaca bebelan kuuu ~ ~ ~

Lets start ! What you need is macaroni , bawang besar , daging kisar ( tukarlah nak hotdog ke ayam ke ikut suka ) , serbuk kari , susu cair , telur , garam gula secukup rasa and CHEEESEEE.  So for starter ni Miss M bagi ukuran for 250 g of macaroni which kau takyah gigih nak timbang , kan beli sepaket macaroni san remo tah apa tak kisahlah jenama dia , pepandailah half-kan dari 500 g or gandakan sendiri untuk bake more than 250 g of macaroni. 

So for 250 g of macaroni , 
seketul bawang besar ( diced them )
400g pepandai tengok cemana daging kisar
4 sudu serbuk kari ( kari daging preferable lols tak kisah ) ( asal serbuk kari ) ( lebih sikit pun takpe )
satu tin susu cayaqq ( menarik accent kedah ni ) 
4 biji telur 
Garam gula secukup rasa 
Cheese ( idk apa yang sedap before this I pakai cheddar , today pakai mozarella ) ( nanti I'll let you know apa beza rasa dia ) UPDATE * Cheddar taste better ( original recipe pun kata cheddar )

( mungkin kau nak consider sayur seperti carrot ke , kentang ke ikutlah , I only add in carrots ) 

so firstly , I will rebus dulu macaroni , masak air atas dapur kasi mendidih then masuk oil a bit ( I put no salt sebab satgi nak masak ada salt so yeah ) , then masukkan macaroni pepandailah asal dia macam kembang sikit , keluarkan dan toskan ( set aside ) 

Then dalam periuk panaskan minyak , then tumis bawang tadi dengan serbuk kari sampai naik bau. Pastikan dia betul betul masak . Then bila dah naik bau masukkan daging kisar tadi. Then gaullah sebentar kasi the rempah blend together dengan daging tadi. agak agak macam eh dah nak masak ni ( takyah lama , like 4 to 5 minutes tengok amount daging ) , masukkan satu tin susu cair , my friend kata kalau macam pekat sangat tambah air ( I tak tambah air since I like it macam pekat sikit ) . Perasakan dengan garam gula secukup rasa. Then biarkan mendidih

Sambil tunggu mendidih tu pergilah kemas apa yang boleh kemas atau bergelak ketawa menonton televisyen atau terhibur sendirian scroll instagram kah kah kah nehi jangan tinggalkan masakan k anak anak. Sambil tunggu tu , kot kot kau nak membakar pakai loyang , sesapulah mentega and boleh aaa start panaskan oven ( around 175' for 15 minutes ) .

Now its time for you to check back the periuk , agak agak dah mendidih tu tutup api. Then ambik macaroni yang dah direbus tadi gaulkan sebati dengan kuah yang kita masak tu. Agak agak dah sebati , masukkan dalam loyang ikut suka la nak selang selikan lapisan dengan cheese ke atau nak letak all the cheese on top , up to you people ! Kadang aku tengok pattern orang melayu sekrang ni semua dia nak cheese , so the more the merrier la kot ( amaran , aku rasa cheese mahal weh RM 14.90 tambah GST for 200 g ergh nak makan punya pasal tutup mata je membeli ) 

So bila dah cover the top with cheese tu , tadi telur empat biji tu pukul pukul sikit then tuang on the surface secara even wakakkaka ini macam susah nak sekata ( well at least to me ) tapi pepandailah kau nak. hahaha. 

Then bakar for 20 -30 minutes dalam suhu around 170' - 180' , indicator dia is when nampak cheese tu macam dah brown brown sikit , bolehlah keluarkan dari oven. 

TADADADA SIAPPPPPP ! 

Nah daku kongsikan gambar in the making of macaroni bakar ala mamak Miss M





cheeesy nayyy

No comments: