Sentimental values.

June 27, 2015

                  Duduk rumah ni aku dah pernah vow dengan diri sendiri sebelum balik malaysia yang balik aku ni , untuk serve the family in many sense dari mengemas ke memasak , meskipun ada banyak masa aku mengelat . So tadi sebabkan esok almari buku baru nak masuk rumah , aku kena transfer berjota buku ke tempat baru . Buku sedari aku darjah 2 , buku kafa - tauhid - jawi - pendek cerita semua buku. Buku aku tak banyak , mungkin dah spring clean masa nak pindah masuk rumah ni dulu. Mungkin. Plus my dad sangat tak suka buang buku , so that explains why semua artifacts ni masih ada kukuh dalam almari. Kalau takde almari baru , mungkin insyaAllah aku dah anak empat ( wuuuu sikit sekeh bahu kang ) mungkin buku buku itu masih disitu.. 

               Aku pun apa , dalam tangan tu sibuk nak membuang segala benda sebab rasa macam ya Allah semaknya kenapa ada lagi kertas aktiviti bola baling tahun 2004 ni ( my dad is a coach for bola baling and pengadil yada yada ) , and I can't help to go through every books. Suka sangat tengok diri yang sangat rajin dulu , semua gambar nak warna siap shade shade grading colour kemain. Aku suka tengok benda benda yang mungkin dah luar capaian ingatan kepala. Sebab kau boleh indirectly kenal kau tu macam mana sebenarnya dulu and kadang dia trigger perasaan untuk " kena jadi balik macam ni " - kau pernah rajin sedari tahun 2001 hingga 2006 except for certain subjects wahahah. 

              Sangat senang nak kenal buku-buku aku sebab biasanya buku aku lebih penuh dari adik beradik lain. Ini fakta. Dan aku teringat zaman zaman aku noob pergi siapkan kerja sekolah orang lain , kadang tu menonong je orang bagi buku " Anis , buatkan " ( rindu masyarakat panggil Anis ) ( sebab family masih panggil Anis , Najwa janggal di rumah ) ( panggil saya Anis please )



            Lepastu tadi jumpa satu ni , folio keluarga aku tulis masa 2007. Dah banyak kesan koyak sebab adik adik aku banyak cycle gambar folio tu untuk folio keluarga diaorang tahun berikutnya ngeh. Dua ribu tujuh sangat weh level editing dengan font konon berangkai cantiklah tu , saiz font pun mungkin 14 ke 16 aku taktahu , tapi jelas yang torbiyah microsoft word tu tak sampai lagi dekat aku. Fun fact , aku rupanya nak jadi peguam sedari form 1 ! and UIA tu university idaman sejak form 1 , aku rasa masa tu aku baru lepas khatam Malaysian Book of Record , ada satu tu sebut pasal Ahmad Ibrahim , seorang peguam , yang handle case Natrah ( google aaa menarik ) , the law school in UIAM was named after his name ! Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law ( AIKOL ) . aku taktahu kenapalah boleh menerawang nak jadi pharmacist in the middle of high school , I must have solid reason kenapa peguam at the very first place ( even betullah sekarang tengah buat law ) ( alhamdulillah ) ( two years of law school lagi nak tempuh ) ( nangis jap ) , sebab umur 13 tahun tu umur yang kau masih jujur dengan diri sendiri , tak berapa complicated dengan kehendak diri sendiri , voila kemain kan kau. 

              Habis gelak baca folio sendiri. Siap tu tulis hobi adik ialah tidur which that was true tooooooo till now hahahaha. Habis kemas buku semua , aku berjaya kosongkan satu almari sebab aku dah lama nak satu almari untuk letak novel novel aku , selalu orang datang rumah nampak banyak novel atas almari dah baca pinjam tak pulang pulang ( aku ye frust weh ) ( biasa orang akan datang pinjam novel best ) ( novel best yang banyak hilang aih ) ( nangis tersedu ) . Takpelah , susun apa yang ada dulu. Balik cuti ni , aku juga pernah berkata kata dengan diri sendiri untuk membaca novel yang terpaksa ku tinggalkan di Malaysia , dia takleh lawan pentingnya kuah asam pedas segera untuk dibawa balik ke UK ( motif sangat ) , so balik ni je aku dah beli 3 novel baru. Ye 3 , dalam tempoh 11 hari di rumah , aku dah berjaya habiskan 1 , adalah tu frust bila mula baca sebab aku memberontak dengan penulis kenapa bagi such bad character to a person , tapi sebab dah beli aku habiskan jugak.



               Berbalik pada novel novel yang aku susun tadi , the very first yang aku beli on the shelves was in 2008 masa aku pergi debate dekat UIA , masa tu aku ingat aku tulis dalam buku tu yang aku beli novel tu dekat Sogo. Ada dua tiga novel aku gigih cari yang lama lama , contoh ada satu novel tu pakai nama Anis Najwa which aku discover kewujudan dia in 2010 tapi masa tu sekolah mana nak ada internet bank segala bagai , jadi aku kinda lupa , not that later I remember in 2012 /13 macam tu aku teringat wujudnya novel tu and gigih cari , beli , baca , excited dan simpan. Ada jugak novel yang aku dapat sebab pernah bet masa awal form 5 kalau aku beat this one classmate punya markah addmath ( dia mahaguru aku cuma picisan lebih kecil dari picisan dalam addmath ni ) , dia hadiahkan aku satu novel. Oh wells semestinya aku macam takkan punya aku menang. Tapi suprisingly , aku menang , I guess I got 86 masa tu ( rasanya ) ( I went to addmath class k masa cuti form 4 sebab aku amat slow dengan addmath ) and dapatlah novel seperti yang dijanjikan. 

                 Buku buku ni semua aku balut and kalau nak baca tu bukak sipi sipi je which perasaan ni cuma orang yang kumpul beli novel je yang faham , kau faham yang kau beli tu pakai duit and for a long term kau akan baca ulang balik buku ni ,  so sense nak menjaga tu sangat tinggi k , dan seringkali aaaa aku akan kecewa dengan orang yang meminjam pastu depan mata ceqqq dia pi buka besar besar buku tu weh dikau sedang menyakitkan bayiku ( kah kah baby sounds so bayi in malay haha ) , tapi kau tahu je bila kau dapat balik buku tu ( most of the times kau kena redha buku tu tak balik ) ( hmmph ) buku tu dah loose dan aku selalu akan merawat mereka dengan berlapis lapis salotape. 

              Habis menangisi nasib novel novel , aku teringat yang aku kemas nota sekolah dengan nota alevels beberapa hari lepas. Eh tipu , ni aku tak kemas , aku cuma belek balik sebab ternampak ada dalam kotak. Aku belek nota biology , my bias for science subjects masa sekolah is biology , itu yang acah acah aku boleh menjadi seorang doktor kah kah tu yang sampai nak ke India suatu masa dahulu siap mention lak tu masa interview nak jadi Majlis Tertinggi ( ceqq nak pi India post  )  . Aku enjoy repeating ajar orang cemana si Dolly kot nama dia , kambing clone aku lupa nama dia boleh terjadi , even mitosis miosis semua aku sangat suka lukis dan ulang banyak kali. Aku boleh sempat buat dancing notes ( sentences beralun bertukar colour pen ) , entah apa yang aku fikir masa tu , mungkin otak akan lebih tertarik pada benda fancy kot kot bolehlah rajin gamaknya tu. Habis selak fail bio , bukak pulak paper Alevels yang menimbun , yang masih kemas aku simpan banyaknya economics , in the past I used to score 90/100 for unit 4 economics which that explains kenapa aku macam frust economics dapat B masa real alevels ( well aku basically doing alhamdulillah baik for macroeconomics unit 2 and 4 but not for unit 1 and 3 ) ( aku ingat yang aku rasa sikit reluctant lepas keluar dewan after jawab unit 1 and unit 3 - and biasa aku punya reluctant tu jujur , dia turn out not so good ) 

nota biology yang menari. 

nota bio dedolu. ( read dedulu sambil kunyah baulu ) hahaha

mana lagi akan ku jumpa markah sebanyak ini lagi , mana bila ~ ~~ ~ ~ 

I guess. I just love these little things. 

          I jot all these things down sebab aku nak selalu ingat the values and stories behind something sebab banyak je potensi nak lupa banyak benda , and this is one of the way to keep it . Entah , mungkin aku orang yang sentimental , yang value benda sentimental ( kah kah sepanjang post kau tak sebut pun sentimental kan najwa - disebabkan aku mention dekat tajuk , maka yeah masukkanlah eh ) 

You Might Also Like

5 comments