Is dakwah and tarbiyah being selective?

Disebabkan aku menulis dalam jarak masa yang dekat , some of my points might be repetitive. I mentioned earlier that I will be attending a camp next week organized by Ikram UK- Eire. Revival of Ramadhan , bolehlah click the link attached jika berminat ecehhhh. 

( astaga sepuluh tahun nak tunggu gambar load dekat FB ) 

According to the record , this will be my first time attending program here in Malaysia. Last year nyata aku blur tahap ayam plus logistically its hard for me to commute and I don't have that strength to ask my parents nak keluar ke sana ke mari dengan sangkaan awal yang they won't allow me since aku dah setahun tak balik rumah padahal kalau tanya , banyak je potential untuk pergi. 

So since its my first time , and insyaAllah akan jadi faci ( being a faci doesn't make you look holier ke banyak ilmu ke dari yang lain sebab kadang aku rasa cabaran and pressure jadi faci tu lagi hebat dari segi kena jadi contoh yang indirectly walk her talk and nak taknak kena lagi bersedia dari orang lain sebab people may expect something from you , well at least menjawab paling tidak satu soalan. Kot . Back to having that its my first time , sedikit sebanyak aku berkobarlah jugak nak ajak seramai mana orang lagi lagi kawan aku dekat Malaysia even though its originally for UK-Eire student . Reasons di sebalik kenapa aku nak ajak kawan kawan aku dekat Malaysia is that aku nak indirectly bagi the same feeling macam aku pernah rasa dulu , aku nak kenalkan diaorang dengan chances of meeting a good surrounding , dia bukan sekadar baik tapi membina , membina dan insyaAllah tak menghukum , yang menghargai masa silam kau tapi pada masa yang sama make you move forward to be a better you , sebab boleh jadi aku sebagai kawan tak pernah offer surrounding yang membina peribadi ke arah yang lebih baik ( selalu pro bab buat lawak hambar skala tembikai ) 

Kau faham ke eh benda yang kita suka gila tahap nak orang rasa kebaikan dia sekali ? 

Zone keselesaan 

Aku pernah hidup being judgemental to people yang buat dakwah , sebab aku rasa orang orang ni selalu being selective to 'their' group of people , using jargons of words yang boleh buat aku pause apa sebenarnya dia nak sampaikan , kau faham ke macam baca novel English , despite dia pakai perkataan don't like , dia pergi letak loathe LIKE APA SUSAH KAU NAK TULIS DISLIKE KE AKU BOLEH DIRECT TRANSLATE , but later I understand the words they're using lebih fit in their statements. Dan overtimes , itu pun perkataan yang dia dah selesa pakai. Tapi I have this side of me yang draw a fine line between my target audience , untuk pakai perkataan yang aku rasa sejahtera dengan jiwa rebel aku dulu. Aku kenkadang ada je perasaan selesa berada dalam zon dakwah dan tarbiyah lagi lagi kalau kau duduk dengan orang yang two four seven pakai perkataan yang baik baik , akhlak pun reflect apa yang Quran nak , and most of the time akan pakai je perkataan yang lebih serve its meaning. As for me myself , aku taknak selalu duduk dalam zon selesa tu , each time aku menulis over reflection sesuatu perkara , aku nak pakai perkataan yang ( aku rasa ) tak being selective towards the audience. 

Its for anyone , anywhere , anybody 

Sebab aku faham dan aware yang ada orang tak terdedah pun pada dakwah dan tarbiyah , dakwah dan tarbiyah yang aku cakap bebanyak dalam post ni berkisarkan kefahaman dalam beragama , I mean bukan sekadar kau tahu sedekah tu benda baik , tapi sedikit sebanyak kau tahu kenapa kau bersedekah , which indirectly nak cakap pasal dakwah yang membina personaliti kau sesuai dengan apa yang agama nak. Aku mungkin cakap macam berbelit boleh tahan tapi bagi aku tulis penuh penuh dulu. 

Dan aku nak orang yang ada limited access to dakwah dan tarbiyah ni kalau dia nampak apa yang aku kongsi akan rasa sejahtera dengan hati dia , supaya dia takde perasaan yang ' heh orang ni baik bolehlah nak sembang dengan orang serupa dia ' . Teringat Remy Ishak dalam Nur Kasih , antara diaolog dia pasal ' kalau orang masjid nak berdakwah dekat orang yang dah kenal agama je siapa nak cater orang yang rasa 'hilang' ni ' , not the exact wording tak kesimpulannya macam itulah. 

And above all , aku nak orang orang rasa yang dakwah ni tak being selective pun. Macam kalau kau sembang dengan kawan kau yang pandai berbicara dalam bahasa F , faa faku fasu faka fama fakan faa fayam fago fareng eh camni eh bahasa F eh aku pun tak tahu , which golongan kau dan kerabat je faham , macam tu juga orang yang dah selesa pakai perkataan akhwat , ikhwah , ana , enti dengan orang yang pakai perkataan yang sama. Kenapa kita ( kita merujuk pada sesiapa yang akan terasa sewaktu membaca hahaa ) akan rasa ana enti akhwat ikhwah je kita akan macam memandang serong dengan pandangan euww bajet beragama padahal kau lek je kelompok sebelah kau guna carutan tak berpenghujung dalam tiap perkataan sampai tidak dapat dibezakan adakah itu perbualan atau pencarutan keseluruhannya. 

Orang kata dekat Malaysia nilah waktu nak test berkesan tak apa yang kau didakwah dan ditarbiyahkan sepanjang sembilan bulan di UK.

terima kasih sebab tak pernah give up dengan kita :')


Berkongsi perasaan 

Dan aku tak nak simpan perasaan indah Allah dekatkan pada agama tu sorang sorang. Sebab masa aku pertama kali dengar pasal Penyaksian Syahadah , brother tu tanya dekat siapa sebenarnya kita kena sebarkan kebaikan ni , aku seperti biasa menjadi pemikir hispter leuls , boleh je nak sebut family and friends , tapi aku kata aku nak sebarkan kebaikan pada orang yang aku sayang. Sebab biasa orang yang kita sayang ni level dia lain. Cth ada kawan kita macam biasa biasa je , sekadar pernah satu sekolah dan dah tak bertegur sapa , sayang tu adalah tapi tak sampai kita nak lebihkan dia dalam semua perkara tapi ada kawan yang kita sayang dia tahap yang kita nak tons of kebaikan untuk orang tu , and bila kau sayang , kau akan put more effort dalam nak bagi kebaikan tu pada dia , brother tu rasanya tanya balik , ' what about yang kita tak sayang ? ' dan aku cuma mampu jawab , moga ada orang lain yang sayang dia pastu do exactly the same as I do kah kah motif kan. 

* I fall asleep in between writing this post and I've been developing the same sleeping pattern for the past few days and bangun bangun confius eh dah sahur ke padahal baru pukul 10-11 and tak tidur lama pun leuls * 

so berbalik pada core issue of the post , aku sedang melatih diri sendiri untuk menulis menggunakan jargon yang diterima oleh semua kawan kawan alam maya aku , aku nak bagi diaorang perasaan yang they definitely have chance atau ada platform to make changes in their life. Setiap kali aku nak tulis satu satu benda aku akan macam fikir , eh orang ni boleh dapat tak rasanya , orang ni boleh assimilate tak eh benda ni , jadilah orang yang menulis dan mengambil kira penerimaan orang sekelilingnya. Susah weh uhuks. 

Me in the past ( even present )

Aku jahil weh dedulu , aku rasa kalau aku bukan pengawas ke dulu aku mesti akan jadi antara manusia yang rebel , teringat kena group dengan orang orang yang dilihat bermasalah masa satu motivational camp islamik la cemtu back in 2010 padahal aku pengawas kot time tu ( dan untuk aku berada dalam kelompok tu rasa macam eh pehal , nampak sangat akak yang target aku tu rasa aku ada masalah hur hur ) , dari situ aku developed hatred terhadap golongan pendakwah , mana tidak , sampai sekarang kalau orang nyanyi terjemahan surah as-syams aku macam tingling sikit dalam hati sebab tu lagu tema camp tu wakaakak.

dan to soften the cold kerikil heart was not an easy path as well , tapi eventually aku deep down merasa sangat tak layak sebab Allah macam handpick aku and letak aku dalam situasi yang sangat membina roh aku balik , nak katanya aku tak baik kot dulu even sekarang , tapi I got that chance. 

Mungkin dakwah dan tarbiyah hanya boleh bercambah di negara yang punya 4 musim?

I used to think yang dakwah mungkin hanya being selective geographically , I mean it works best in the UK sebab kau free to move around , commuting to daurah ( majlis ilmu dekat luar kawasan kau ) seems relatively easy , and nak nak pulak kau fresh sampai UK , tambah dengan keazaman , for some people memang dia nak turn over the new leaves , and perubahan tu rasa smooth je sebab kau kat tanah baru , mungkin juga dekat tanah yang orang tak pernah kenal kau , so kau rasa kalau kau berubah kat oversea adalah benda yang tak aneh. Tapi lama lama , aku rasa benda ni tak lah selective secara geografi sangat pun sebab ada je orang remains stagnant in their position , later aku develop theory dekat diri sendiri yang dakwah dan tarbiyah boleh bercambah and grow healthily dalam jiwa orang yang mencari. I mean kau boleh mencari ' what's lacking in between you and the religion' kat mana jua kau berada , jadi aku nak jadi sebahagian manusia yang boleh trigger jiwa mencari dalam orang lain. 

mungkin pada orang yang pernah kenal aku intimately , akan macam question sikit what makes najwa , najwa yang sekarang . Yang mungkin dah kurang mencarut kuikui. Aku dulu tak automatic pun jiwa mencari tu , aku observe manusia sekeliling aku , like pehal dia ni baik gila doh , like kenapa dia ni menjatuhkan dan mehilangkan sangkaan buruk aku , and that's where aku sikit sikit rasa yang there's something lacking in me yang ada dekat orang orang ni , jadi aku yang intially pasif and jenis laid back seperti kekura mulalah bertanding di dalam arena kekura dan si arnab miahaha.

You gotta make steps out of it ; its not some sorts of magic FYI  

Slow slow , start dengan constant baca quran , kenal Quran ada berapa banyak surah , mula baca tafsir , mula train diri sendiri solat di awal waktu , mula nak tahu little detail of the religion , mula tengok Umar Series , mula baca buku buku ilmiah. Awat nampak cam senang ja ni? padahal reality nya non of those seems easy sampai sekarang , tapi kau slow slow aaa progress . 

At the end of the day , aku nak balik kampung syurga , nak balik sebagai orang yang asing , nabi pernah sebut dalam hadis yang Islam ni datang dan pulang secara asing maka beruntunglah orang orang yang asing tu . So indirectly saying dakwah dan tarbiyah tu indeed in nature being selective , sebab asing is equal to minority , minority are usually the selective one's ke tu logic aku je . 

Its not about you in the past , its creating you in the future. 

But that is only a part of it meeeeeehhhh , sebab kalau dakwah tu being selective ikut personality manusia mungkin dulu hatt Abu Bakar yang lembut , Uthman Affan yang elok pekerti je , dan Ali yang bijaksana je lah kot Allah bagi nikmat tarbiyah / Islam dekat diaorang . ( aku tengah fikir apa perkataan nak gantikan tarbiyah ni wuiii susahnya T.T ) , tapi Allah bagi jugak nikmat Islam pada Encik Umar Al Khattab yang hatta setangggg pun takut dengan dia , bengis , ada masa silam bunuh orang dengan sengaja , you see he is one of the 'bad kind of guy' in the past and he ended up as one of the khulafa' arrrasyidin . Kalau tarik sikit balik garis masa , dalam Quran cerita banyak pasal nabi Musa , figura yang gagap dalam berkata kata , yang pernah juga membunuh orang tanpa sengaja , yang dihanyutkan di sungai dan membesar dalam suasana kejahatan Firaun , nak kata surrounding dia tak mampu membina pun personality kebaikan , tapi Allah bagi dia a big responsibility as a nabi to spread dakwah. Comel weh nabi Musa ni , kau bayangkan kau pegang tongkat pastu Allah suruh baling tetiba tongkat kau jadi ular , hahaha mahu tak terloncat kau kat situ eh pehal jadi ular. Allah record kot cerita nabi Musa in detail and paling banyak dalam Quran among other nabi , yang nabi Musa ni takut aaa eh pehal tongkat aku ni eihhhh , tapi Allah pujuk balik ' Jangan takut ' ( Boleh rujuk tafsir ayat ayat awal Surah Taha :) ) 

Nak katanya , dakwah and tarbiyah is not being selective on who you are in the past , you can be anyone , anywhere , tapi once he gave you an insight of a clear staright pathway , then grab it while you can sebab takut je kita jadi orang yang menyalahkan yang hahh dakwah ni untuk orang orang yang dah baik je . Boleh jadi orang orang yang dah baik yang kau nampak sekarang ni , in the past orang yang berusaha weh untuk jadi dia yang sekarang. 

Islam tu agama rahmat , pada semua orang di muka bumi , dan pernah seseorang ni share pasal ayat keluasan syurga sebesar langit dan bumi ( Al Hadid : 21 )  nak kata nya its more than enough to accomodate manusia di bumi , and indirectly dia macam satu peluang yang you definitely have one spot to grab for you , more spots to be offered to the people surround you. Takut takut yang sebenarnya being selective tu bukan dakwah dan tarbiyah , tapi sebenarnya kita . 

No comments: