Short stories : The moment.


The moment I confess to you, I know what I’m doing.

T
he fact that aku benci dia masa buat preparation dulu , doa untuk dijauhkan dengan makhluk bernama Aish Huzaifah nampaknya Allah tak kabulkan. I’m stuck with him here in Manchester. Gila. Gila. I need to consume the reality yang sekarang aku duduk satu floor dengan dia. Satu kelas dengan dia. Satu tutorial. Satu university. Kenapa dalam berjuta homosapien, ianya harus dia?

Di kolej XYZ.

“….. So this is all about how economy works, now any question?”

            That one guy yang duduk hujung kelas mengangkat tangan. ‘ dia lagi..’His question was simple, dia cuma memputar belit definisi and I couldn’t really make a neuron dalam kepala untuk reverse definisi economy dan end up nampak bodoh dalam kelas . All this while, I’ve been into economy so well dan diperbodohkan di hadapan kelas hanya kerana manusia bernama Aish Huzaifah. Aish bermaksud kehidupan tapi bilamana dia wujud dalam hidup aku, mungkin charges repel between Annur Amnani dan Aish – dengan dia aku rasa mati.

          Well I need to admit , hormone keperempuanan aku di tahap zero masa buat persediaan dulu. Or even earlier. Kejap , is it rare for a girl who don’t really match colour tudung dengan baju? And is it so wrong to pair sneakers biru , seluar kuning dengan baju muslimah pink – tudung biru ? Bila aku fikir balik, aku memang pelik. Pelik kuasa dua , square root balik : Pelik.

             I am not  into group work dengan oppo gender . Sebab aku rasa, aku pelik. Dia bukan masuk dalam kategori narrow-minded ke apa, cuma aku tak suka. Guys one habit yang aku benci masa buat assignment bersama , is they don’t really commit when someone can do it for them . Or hanya kerana ada satu lelaki yang macam ni, aku menyalahkan kaum adam secara keseluruhannya? Mungkin.

             So Aish Huzaifah macam tu. It was a nightmare bila ustaz Mahmood point out guys to be the leader masa kelas Islamic Studies. Well I know , Men Were Born to Lead. And to know that I’m inside his group , aku rasa kematian fasa 1.  The first phase of the assignment , until the end of the assignment Aish buat bangang e, infact aku yang terkial kial habiskan part dia. At the end of the day, aku memang sengaja tak letak nama dia depan front page. And I reported every single thing about him yang lepas tangan pada Ustaz.  B untuk Islamic Studies adalah sangat rare. And now Aish is the rare person.

Perempuan yang paling * insert all those vulgar words * is Annur Amnani.

           Eh hello. Kejap. Status dia? Terang lagi bersuluh, that’s my name. All those vulgar words was meant for me. Takde ayat kiasan. Semuanya terang tak perlu sesiapa suluhkan. Siapa dia nak buat aku macam tu?
He did apologize. He deleted the status. But have you ever heard about scars? He left a deep scar in my heart.

            Surat tawaran dah sampai rumah , Manchester Bussiness School.  I received that at the end of my third semester. MBS. Aku aware yang ada budak kolej aku dapat MBS jugak, Vaneeda budak AC 2 and Hakim Syafi’ jejaka idaman Malaya AC 3. Its about 9 months ago and now Its time to fly :D

Manchester Bussiness School

             I see HIM * the one who shouldn’t be name* - gaya Voldemort he he duduk dalam flight sebelah aku. And dammmmmmit. Kenapa dia dekat sini? ‘ Dia nak fly la amna macam kau’ . And the foooooo truth is when :  His room is at the same floor with me. Apa ni weh, nak tanya ‘ Kau MBS jugak ke?’ and the college is meant for MBS students. ‘ Kau ambik economics jugak ke’ and kalau tak tanya pun, aku aware.

The moment when I throw tantrums to you, I wish that it doesn’t happen earlier.

‘Kenapa mamat ni tak keluar pergi kelas’ Ahaa amna, you’re checking on him. Eh hello, no , hari ni ada submission penting. And waktu camni sepatutnya dia tengah pakai kasut.  And beside him,  mug of Milo – hot choc – Horlicks. Aku aware fakta tu jugak? Dang! – And dia tak pakai kasut. Ke dia dah awal awal cabut pergi kelas. Tapi kasut dia dekat situ. Dia pakai kasut lain kot. Tapi dia ada satu kasut je. And. Kenapa aku question benda ni semua?

Ketuk. Tak ketuk. Hmm 20 minit lagi sebelum kelas. Tak macam busy body ke. Ke dia tak bangun lagi. Dia bukan lelaki macam tu. Ok ketuk .

1 minit. Senyap. Ketuk lagi.

2 minit . Senyap. Lekapkan telinga pada pintu. Senyap… Kaki aku sejuk. Eh kejap, kenapa sejuk sangat bilik mamat ni?

‘Pusing tombol pintu tu amna’. . Seorang makhluk sedang berbalut selimut tebal.

“ Err, Aish..”

“ Amna. Sejuk” and dia punya nada punya manja and rare. And bilik tu super sejuk.

“ Apa you ni gila time macam ni tak bukak heater. Gila kuasa lapan belas. Apa you nak mati sejuk sejuk macam ni. Ni kalau I tak datang , mahu beku you dalam ni. Tak masal masal I di-cop sebagai jiran kejam sebab bagi jiran sebelah mati kesejukan” sambil mulut membebel, suis dah on. Controller di-set pada suhu manusia boleh bare. Rosak ke apa ni?

Aku pandang Aish. Terketar. Apa dugaan ini. Apa nak buat, kejap, kelas lagi 15 minit. Aaaa benda panas. Benda panas, apa dia apa dia, fikir amna fikir. Okay, a mug of Milo.
 
“ Nah milo, minum, panaskan badan you . I dah call technician. Satgi dia betulkan. I couldn’t cook for you now. Ada kelas ni, ke you nak I buat bubur instant?” dia mengangguk lemah. Aku balik bilik , bongkar harta benda milik Malaysia, ‘bubur, bubur,bubur’ ahaaa k bubur. Aku balik bilik dia, hantar bubur, hantar comforter aku yang baru hantar dobi semalam. Nampaknya neuron tangan dia tak berfungsi dengan baik, minum Milo sampai basah basah baju.

“ You bangun, I suapkan makan” dia respon pakai mata dia je. And aku rasa aku faham ‘ I tak larat nak bangun’ ke aku je assume macam tu. Ahh redah jelah, nasib berlapik, aku angkat bahu dia sendalkan* macam pintu pulak mamat ni* dengan bantal dia , and aku sacrife sekali bantal aku. Sobs.

“ Bak tang you punya assignment , I hantarkan” dia menjuihkan bibir ke arah meja.

Kelas lagi 5 minit Annur Amnani.

Sebelum aku tutup pintu bilik dia , “ Terima kasih Amnani” dalam nada yang perlahan. Aku berhalusinasi mungkin.


The moment when you show that you care, I thought that you love me. But my thoughts went wrong.

                Sejak hari tu, Aish constantly bertegur sapa dengan aku. Eh hai mamat ni, the things that I do last time is just untuk melunaskan tanggungjawab Muslim terhadap saudaranya. Kalau ada berjuta orang Islam dekat situ, aku dah lama tinggalkan dia, tapi cuma aku dengan dia je satu agama dekat floor tu. Rasanya dah berbulan jugak since scene dia demam ala tak kebah sebab heater rosak tu . 3 bulan ada kot.
One night, 3 hari sebelum habis puasa : I was connecting through Skype. Rindu wajah ayah dan bonda. Abang Atiq. Kakak Aulia , trio lelaki bersaudara : Azfar. Aziff. Azzam. And aku punya tergeliat moment ialah masa bercakap dengan bonda. Sebab bonda suka masuk bab bab masa hadapan Annur Amnani sebagai seorang wanita.  And the shocking news was :

“Amna, minggu lepas , ada orang hantar rombongan merisik. Bonda rasa Amna tak lupa janji amna dulu ”

Aziff bersama clan kembarnya Azfar dan Azzam buat muka badut dekat belakang. Aku nampak kak Aulia sengih. Sebab diaorang tahu yang aku tak pernah suka masuk sylibus nikah kahwin ni.

“ Bonda, amna tak sedia lagi laaa bonda. Benda macam ni , kita tak boleh paksa. Amna tarik balik janji amna dulu aaa bonda”

Muka bonda masam. Satu pantang larang bonda : Jangan Against Janji . Dia ingat yang dulu dia pernah cakap, selepas menolak pinangan 3 orang lelaki, setelah dileteri bonda : Dia berjanji yang mana mana lelaki yang masuk merisik dia selepas itu, dia terima. And now I’M STUCKED WITH MY OWN WORDS. CURSE AMNANI CURSE.

“Bonda rasa amna kenal mereka. Kawan preparation amna dulu”

Kawan preparation. Senior Firhas enginee? Eh itu dulu pangkat crush je. Budak medic yang skeme tu? Eh janganlah. Ke siapa? Aku tak pernah pulak nampak menarik masa dekat Kolej dulu. And the moment when bonda said :

“ Aish Huzaifah bin …..”

Tetiba blackout. Segelap rasa di hati.


                Kebetulan waktu tu, semua gather pergi rumah senior, Kak Cham dan keluarga. Untuk buat kenduri doa selamat. Bersama manusia Malaysia di bumi Manchester. Waktu Abang ashraf baca doa, kepala aku menerawang. Aku nampak Aish. Aku bukan pandang dia, aku pandang dia tembus dinding. ‘Apa agenda mamat ni’ Aish pandang aku. Dia pandang aku deep, pandang aku penuh perasaan. Pandangan yang rare. Aku macam buat silent conversation, ‘ Kenapa buat macam ni?’ ,dia buat muka yang macam dia tak tahu apa apa.

                “Damn itu bukan jawapan yang aku nak gila”

                “Amna cakap dengan siapa?” Kak Cham buat muka pelik. Aku tersengih. Kuat pulak. Haih, dah aaaaa aku nak balik “ Saya mintak diri dulu Kak Cham , saya tak sihat” Aku bersalaman dengan orang yang dekat dan keluar dari pintu belakang. Dari belakang, aku dengar ada orang panggil nama aku.

                “Amnani”

                “ Annur Amnani” Amna jalan cepat. Jangan toleh belakang. Jangan. Jalan je Amna. Hey lelaki hilanglah kau dari pandangan mata. Hilanglah suara. Aku pejam mata kuat kuat. Someone grab my hand. Tersentak. Limit. Lelaki ni dah lebih. Siapa dia nak pegang aku. Shit.

                “ Annur Amnani Hishamuddin , pandang aku.”

Mata aku mencerlang. Shit Aish. Shit aish is rhythmic. Shit

                “Kau nak apa? Dah puas dah mainkan aku? Lawak apa kau cuba buat?”

                “ I meant it. The proposal”

                “ Berhenti dengan apa jua plan kau. Kau tahu yang aku benci kau”

                “ Aku sayang kau”

                “Persetankan sayang kau. You know that we’re not meant for each other”


The moment when I said those things, you need to know that I’m controlled by my emotions.

                Aku pernah suka Aish dulu, sebelum dia tinggalkan scars dalam hati ni. Bukankan sepatutnya aku suka bila dia yang hantar proposal ? Tak , aku tak happy. Aku dah tak suka dia. Bonda kata, parents Aish kata, aku banyak jaga Aish dekat Manchester, jaga masa demam , dan kalau boleh Aish nak menghalalkan hubungan tu, untuk elak fitnah. Damnn, I swear that the only moment aku jaga dia waktu demam tu cuma sekali. Cuma sekali. Elak fitnah? Eh hello, no one would even bother pun kalau setiap malam aku sneak in masuk bilik dia . No one. And bila aku cakap dengan bonda, explaining every single thing,seperti kebiasaannya bonda tak percaya aku.  I need an explanation. No I don’t need one. Sebab Aish – aku dalam phase kematian yang kedua.


Dear Annur Amnani,
The moment when I confess, I meant it. I really mean it. I know what I'm doing. But you said that it was a joke? The moment when I show my anger to you, years ago , I wish that I am not doing it. The moment when I see anger in your eyes, I wish that you don’t even realize what you’re doing. I hope that its not more than emotions.
The moment when you care, I thought that you love me. But my thoughts went wrong went I remember those eyes that hates me. My thoughts went wrong and I hope I was dreaming.
The moment when I apologize years ago, I hope that I remove all those scars I left inside your heart. I thought I did. But I don’t.
Amna, tak banyak Aish mintak. Aish mintak untuk Amna buka hati Amna. Aish tak nak paksa. In deciding what I want in my life and how my future would be like, I would like to include you inside my life... I believe that. You’re my future. And , Am I your long lost mate ?

Now, you’re Amna . What would be your answer?

Comments