Qiamulail : The way how I see it happened.

Hai assalamualaikum :) Gathering ideas to actually write here is definitely not an easy task to be done.

Blessed for going through twenty seven days of ramadhan and each day I was trying to reflect my deeds on that day. Did my behavior reflect what a Muslim should be like or not?

So today , given a chance to be one of Allah's special guest before the sun rises , before the dawn. Qiam jemaah dekat Masjid Tambak Paya ( where I live )  . Since I never went back to Melaka last year during Ramadhan , my last time having qiam jemaah at our place was like 2 years ago and I still remember how the situation was back in 2011 - where there's only like 5 - 6 jemaah perempuan and I'm not sure about the guys line but seeing the transport parked, there were just a few of them. Ramai yang tua. Ramai yang dah cecah usia emas. But the situation is rather different today , I was amazed to see the full line for the women and quite numbers for the guys. This time around , ada orang tua. Ada orang muda. Ada yang kecik kecik. Dia macam feeling feeling terawih pukul 3 pagi.

We did tahajjud 2 rakaat - Tasbeeh 4 rakaat - Taubat 2 rakaat - Hajat 2 rakaat.


And the most challenging part is always tasbeeh prayer , each time when I performed tasbeeh prayer and its only when there's an imam who guide the prayer , when I feel like ' urghhhhhh ' ( because you can't really say whats inside your heart ) I keep reminding myself with one saying ( idk if its a hadis or not )

Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup. 

Sambil dalam kepala dok kira tasbih yang ke berapa. And I was hoping that the recital would be a bit faster lagi lagi tang rukuk I can't really help myself with this .To say this thing , I realize that.aku rasa aku belum qualify nak jadi mujahidah islam . Sebab benda yang macam ni, tak involve weapon , tak involve perang bagai aku dah boleh hilang fokus. Mungkinkah kerana aku remaja then I am some sort of not having that kind of spirit to stay strong ? Or stay ikhlas to be precise. Tapi tak, ada je teenagers yang jiwa kental gila. Saat itu aku mengaku yang aku dah termakan dengan tarbiyah syaitan dalam 11 bulan dia tak diikat tu. * sigh *

Tengok orang orang dah banyak makan garam  strongly stand - compared dengan wanita yang baru nak menginjak angka 2 ( tahun depan ) aku rasa maluuuuuu sangat. Takkanlah aku nak tunggu usia dah cecah angka 5 baru nak tawadhu ikhlas dalam ibadah? Sebab mungkin masa dah ada pangkal angka 5 tu, hidup dah macam perfect and what you left to do is vow yourself to Allah. Tapi... itu untuk yang Allah bagi capai umur tu. Kalau esok mati? Nak appeal dengan Allah ke hidupkan balik? Even magic spells dalam any episodes of Harry Potter series told us that non of the magic  boleh nak hidupkan benda yang dah mati .

Sebab life expenses of human goes beyond our limitation of knowledge , repenting your sins should be every second in your life.

Sepanjang malam aku berfikir yang , padanlah dulu tentera Muslim yang tak bangun solat malam dalam satu perang tak dibenarkan berperang sebab waktu untuk menguji kekuatan seorang muslim adalah di 2/3 malam. Muslim yang sanggup korbankan nafsu tidurnya untuk merasa dekat dengan Pencipta. That the time to test rohani kita kuat mana, takat kuat dalam kata kata atau kuat dalam dunia nyata.

Aku terbayang kalau ada musuh islam lalu depan masjid tadi, tengok Islam boleh gather at that supposed to be sleep hour tu, siapa tak gentar ?

Bila aku tengok keliling , ramainya orang tua. And suddenly they fade from the sight ( adakah aku terlalu drama ) , bukankah satu hari nanti mereka akan pergi? Selepas mereka pergi, ada tak orang yang akan ganti tempat diaorang ni?

Bila dengar ustaz yang pimpin solat , umur dia baya baya encik ayah. Dan setengah abad. Bukankah dia juga akan pergi ? Akan adakah generasi yang Y X ni boleh lead depan saf ?

Islam bukan setakat perlu penganut. Islam perlukan pejuang. 

Bukankah kalau nak tengok masa depan sesebuah tamadun , tengok anak muda dia sekarang.

Tengok sekeliling , anak muda boleh dikira dengan perhitungan jari. Adakah itu illustration masa hadapan?


...
Berharap bahawa jawapannya tidak. 
Tapi apakah mungkin pengharapan akan kekal sebagai pengharapan.

Comments