Sejuk.
I am never a cold tolerant , from a cold person to the cold weather. Meh kaitan. Haha.
Semalam -1' celcius kat sini. Sejuk sampai duvett tak mampu menangkis kesejukan di bumi Cardiff ini. The laziness to walk from the house to the class starts to show ( namun jangan risau , aku masih kental menempuh jalan menuntut ilmu kerana sejuk itu penghalang orang orang yang lemah aicewah ) , sebab macam terketar redah jalan 15 minit macam tu dan selalunya aku akan macam " woi kenapa sejuk sangat ni " dan muka ditampar angin sepoi sepoi bahasa " woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii " bertambah panjang sambil mengincit ( melompat dua cm dari tanah secara berulang kali sambil dua tangan dalam coat - bayangkan ) - woi ditujukan kepada diri sendiri yang degil malas nak pakai thermal wear , dia ingat ni Malaysia hagaknya.
Cakap pasal Malaysia ,
Teringat Malaysia , aku baru sedar khatulistiwa tu satu kurnian Tuhan yang amat berharga. Tudiaaaa. Haha ye , sejuk ada panas ada lembab ada muka berminyak ada. eh. Hahah sini muka berminyak dah diganti dengan muka menggelupas. I is sedih. Haha serius ni. Itu belum lagi aku amaze dengan mat mat salleh dengan kebolehan memakai baju yang nyata tak tahan sejuk . Aku dah masuk thermal wear , lengkap semua head to toe , masih merasakan cuaca berlaku kejam terhadap diri ini. Mungkin , aku Asia sejati.
bukan aku je tak tahan sejuk. Malah rumput juga begitu. Maka adakah aku rumput? Oh tidak , aku tanah. * tetiba * hahah.
Comments