Fear.

6:125



“Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia
melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Surah Al-An’am 6: 125)

I know Aku Islam , dan Allah  tak mungkin jadikan aku Islam tanpa sebab. Mesti ada sebab. Mesti ada hikamh.  

Having a complete fear. Ever since I decided. To make a new resolution. The heart feels fear. Fear of dying .  Fear of neraka. Fear of meeting Allah dalam keadaan tak bersedia. Fear of everything. Fear yang akan buat hati ini menangis sebab takut tak sempat repent all those sins. 

All these times I wish for a turning point. Dulu sekali pernah rasa masa acik left the family. Sebab tengok acik muda lagi tapi Allah dah ambik nyawa dia. Questioning things like, Acik tahu ke dia dah nak pergi. Because he shows good changes before dia nak tinggalkan dunia. Dengar cerita nenek and based on my observations, aku tahu acik anak yang baik. I can see that. Dan bertanya pada diri sendiri, mampu jadi macam tu? Hati ni rasa lemah. Aku takut nanti aku jugak akan mati pada usia yang aku tak tahu bila.

Tapi hati tak cukup kuat. Hati sangat sangat tak kuat. Sebab realization tak selari dengan tindak tanduk. Solat sunat cuma buat masa nak periksa besar, beberapa minggu sebelum result. Puasa, kalau takde ramadhan, memang mimpi nak puasa sunat. Sebab semua benda ni terasa macam berat. Sebab tatkala benda yang fardhu pun, hati dan jiwa tak masuk dalam solat. Tang tu nak fikir "satgi nak buat apa" "Nak belajar apa" . Surau, jauh dari pertimbangan akal. Memang takkan pernah jejakkan kaki.

Berat nak bangun tahajud. Walaupun diri tu tahu yang Allah tak bagi chance meeting Him pada semua orang. Kufur nikmat sejak pagi, macam mana laa jalan nak diberkati Allah najwa.

Sungguh aku rasa. Yang 2012 aku dibazirkan macam tu je. Sebab hidup dah bebas. Sebab dah tak ada warden nak bising suruh turun surau. Sebab hati ni rasa, sama je sembahyang kat mana. Janji sembahyang. Itu pun dulu ke surau sebab rasa terpaksa , sebab semua orang ke surau. Kalau tak ke surau ada yang mengata. Tak pernah hati tu rasa ikhlas. Tak pernah hati tu rasa bersyukur Allah jejakkan kaki ke rumah Dia. Kenapa.

Sedangkan diri ni belajar yang surau tu salah satu rumah Allah. Di mana orang berkumpul kejar 27 pahala. Surau juga tempat orang datang dengan niat nak buat kebaikan. Tak pernah ada orang ke surau kalau hati dia tak digerakkan. Diri ini tahu. Diri ini sedar. Diri ini faham. Tapi kenapa.

Result semester 1. Luar jangkaan. Tipu kalau kata hati ini pernah teringin nak full point. Sebab rasa beyond capability. Tipu kalau kata takde langsung rasa riak di hati. Aku nak jujur. Tapi seiring dengan masa, aku tahu kepandaian tu milik Dia. Tatkala syaitan kuatkan rasa riak tu, tetiba terfikir. Kalau Allah tarik pandai tu, kau tak ke mana. Kalau Allah tarik nikmat tu, kau tak jadi apa. Sebab aku tahu, I own nothing. Sebab aku jugak tahu yang aku tak berjaya atas usaha sendiri. Ramai orang sekelililng doa. Aku tahu, kalau Allah tak masukkan aku dalam doa doa orang yang soleh ni, berjaya tu takkan jadi milik aku.

O Allah. Hati aku menangis . Aku tak tahu macam mana penulisan ni akan di interpret kan. Aku takut luahkan pada manusia. Aku luahkan dekat sini, tetap akan ada manusia yang baca. Does it make any difference. Aku luahkan dekat Kau, sangat sedikit yang aku mampu luahkan. Sebab aku pegang dalam hati yang Kau tau every single thing apa yang aku nak. Apa yang aku desire.  Aku tulis ni sebab aku nak clear dengan apa yang aku nak sebenarnya. Sebab aku nak aku sedar berapa banyak nikmat Allah yang aku dah dustakan. 

Hati ini menangis tatkala Ar-Rahman menyapa telinga.
Dulu aku tak pernah faham. Apa nikmat yang Kau bagi aku dustakan. Hati ini rasa angkuh sambil cakap yang aku tak pernah dustakan nikmat Kau bagi. Tapi sekarang aku faham. Banyak sangat . Nikmat kau beri, aku dah dustakan. Jahil.

Aku pernah question. Kenapa sampai sekarang badan aku masih tak seperti apa yang aku nak. Merasakan yang Kau tak pernah adil dengan aku sebab orang lain, yang sebaya aku, tak perlu susah nak fikir pasal bentuk badan diaorang. Makin lama aku sedar yang, tak semua tuntutan Kau aku penuhkan seikhlas hati. Mana mungkin kau makbulkan doa aku. Mana mungkin. Sebab hati ni sendiri tak pernah yakin yang akan ada perubahan. Sebab aku rasa perubahan itu payah. Hati tak pernah kuat. Allahuakbar.

Aku takut nanti aku mati, aku akan menyusahkan ramai pihak. Jadi dari hari ini aku mula doa supaya Kau mudahkan jalan aku menghadap Kau. Hati ini masih berada di landasan fitrah bila aku meminta jodoh yang baik. Jodoh yang akan terima aku seadaanya. Jodoh yang akan bawa aku pergi ke syurga. Tapi sekarang, jodoh tu terasa macam jauh. Orang kata, jangan sampai jadi macam, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Aku nak jadi baik. Nak jadi anak yang solehah. Making both of my parents feel the worth lahirkan aku di dunia. Nak jadi kakak yang baik. Kakak yang bimbing adik adik. Nak jadi adik yang baik, yang menyenangkan hidup abang nya. Nak jadi perempuan yang baik.

Ibu. Akak anggap apa yang akak bagitahu ibu. Every single step taken. From the realization. To the steps taken. Doakan perubahan itu jadi habit . Jadi sebab untuk akak apply untuk ke syurga di here after. Itu semua janji akak pada ibu. Be with me. Thanks for including me in you dua's. Ayah Ibu Abang Adik-adik, I ponder upon my future. Thanks for considering me in your dua's. Still I want to be with you guys dekat sana.

Fears of A-level. Aku tahu ramai yang berharap. Ramai yang letak harapan. Mudahkan jalan.

Cure the fear. Harapkan perubahan jadi habit. Allah, aku tahu selama ni kau tunjukkan jalan. Baru sekarang hati rasa terang nak tengok jalan. Aku taknak lalai lagi. I know I've gone far astray. Tak berani nak curb diri sendiri dari dulu. Sebab aku tahu diri ni tak banyak lagi amal. Sungguh aku tak sedia lagi. Tapi mati tu tak kira aku sedia atau tak. Sedang mempersiapkan diri.

Aku tak nak jauh lagi.

The most soothing musics should be Al-Quran recital. 

No comments: